Baru sahaja dilancarkan pada 17 Februari yang lalu oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, DidikTV telah menerima pelbagai respon dan jadi buah mulut dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.
Mana tidaknya, kini dengan adanya DidikTV proses PdPR menjadi lebih mudah dan berkesan dengan bantuan guru-guru berpengalaman. Konsep yang ditampilkan juga lebih moden serta mudah difahami.
Beri gambaran jelas & cara penyampaian menarik!
Penggunaan infografik dan animasi yang menarik menjadikan pelajar lebih tertarik untuk menonton slot pendidikan yang diminati mereka. Bagi mendapatkan respon daripada para pelajar mengenai DidikTV, pihak kami berkesempatan menemu bual dua orang pelajar.
Menurut pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Intan Syuhada binti Hashim, mengikuti pelajaran melalui DidikTV adalah satu pengalaman berbeza jika dibandingkan belajar secara dalam talian kerana kadang-kadang mereka menghadapi masalah liputan internet yang terhad.
“Belajar dengan DidikTV lebih mudah dan jelas. Saya suka belajar secara dalam talian, tetapi kadang-kadang video jadi sekat-sekat dan kita terlepas apa yang guru sampaikan. Beza dengan DidikTV ni sebab DidikTV ni semua borang boleh tengok. Kualiti visual dan video pun sangat okay. Jadi, membantu sangat untuk bagi gambaran lebih jelas mengenai sesuatu silibus.”
Tambah Intan Syuhada, slot yang paling disukainya di DidikTv ialah Kimia Kertas 3 oleh Cikgu Thung Su Ling kerana info yang disampaikan jelas dan mudah difahami.
Mudah difahami dan boleh ditonton terus di TV
Pelajar tahun 6, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Nur Khairina binti Baharom pula memiliki pandangan yang berbeza.
Beliau berkata, slot pendidikan bagi pelajar sekolah rendah masih terhad tetapi banyak dokumentari menarik yang boleh disaksikan melalui DidikTV.
“Saya suka menonton DidikTV sebab skrin TV rumah saya lebih besar. Tak perlu dah tengok telefon bimbit dengan kerap. Sekarang, buka TV je dah boleh tonton pelbagai dokumentari menarik dan mengikuti slot pendidikan yang saya suka.”
Khairina juga menyatakan bahawa slot kegemarannya di DidikTV ialah subjek teras, Sains Tahun 6.
“Baru-baru ini saya mengikuti slot sains Tahun 6, Buruj dan saya sangat suka sebab video dan gambar yang dikongsikan menarik’, katanya lagi.
Sertai peraduan Tonton, Rakam dan Kongsi bersama DidikTV!
Ha! Dah kebetulan anda study dengan DidikTV, jangan lupa untuk kongsikan detik pertama anda bersama DidikTV untuk memenangi 50 peranti istimewa.
Pastikan anda tune-in ke saluran DidikTV di ntv7 untuk mengikuti slot pelajaran yang ada. Bagi yang nak recap apa yang disiarkan di TV, anda boleh terus ke saluran Youtube mereka dengan klik di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai DidikTV yang membantu meningkatkan akses pendidik berkualiti buat para pelajar.
DidikTV KPM Bantu Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti Buat Pelajar
Teruja Menanti Pelancaran DidikTV, Ibu Bapa Pelajar Harap Proses PdPR Lebih Berkesan Dan Progresif
DidikTV KPM Akan Mula Bersiaran 17 Februari, Bakal Beri Manfaat Besar Buat Pelajar