Penduduk di beberapa kawasan sekitar Bangi, Putrajaya meluahkan rasa teruja melihat suasana berkabus tebal di tempat mereka persis di Cameron Highlands.
Ramai orang berkongsi pemandangan indah mereka menerusi hantaran Threads @_dieldanish.
Baca Juga:
- Persis Di Santorini, Destinasi Terbaharu Di Cameron Highlands Ini Sudah Dibuka Secara Rasmi
- Cameron Highlands Tersenarai Dalam 51 Lokasi Tercantik Dunia
- Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih
Gambar dan video itu rata-rata dirakam menerusi penduduk yang tinggal di kawasan perumahan bangunan tinggi.
Semakin tinggi mereka tinggal, semakin lawa pemandangan yang mereka dapat lihat.
Menurut penduduk di situ, selalunya mereka dapat lihat suasana sedemikian pada awal pagi, ataupun selepas hujan turun.