Apabila mendiami di rumah bertingkat seperti flat atau apartment, kita sepatutnya untuk mempunyai sifat bertimbang rasa dan menghormati jiran yang lain.
Terbaru, satu video tular di aplikasi X, di mana seorang penduduk di rumah apartmen meluahkan rasa hampanya apabila terdapat penduduk lain di situ yang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi tidak mengemas serta menurunkan khemah itu dengan kadar segera.
Baca Juga:
- ‘Mindset B40, Patutlah Tak Berjaya’ – Pelanggan Dimarah Rider Selepas Pesan Makanan Ketika Hujan
- Muat Naik Video Seperti ‘Menganjing’ Golongan B40, Ryzal Ibrahim Dikritik Netizen
Perkara itu membuatkan penduduk lain terganggu kerana jajaran khemah kanopi itu menutup bahagian rumah sampah apartmen tersebut.
“Ha kencang kahwin, hujung ke hujung khemah, kahwin memang kencang, PA system (sistem audio, pembesar suara) bawah tu rumah sampah.
“Cepat lah sikit kemas aku memang sakit hati dah ni,”luah penduduk di situ.
Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan video tersebut dirakamkan ketika cuti sekolah dan penduduk di situ terganggu kerana kanopi yang didirikan sangat panjang dan mengganggu rutin harian penduduk lain.
Kalau nak buat majlis kenduri tu jangan susah kan orang lain. Sampai berhsri hari tak buka kemas sampai lori sampai tak boleh kutip sampah pic.twitter.com/f8COpENyQ1
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 26, 2024
Video tersebut sudah pastinya menarik perhatian ramai, rata-rata mempersoalkan mengapa tuan majlis itu tidak mengadakan majlis perkahwinan di dewan atau balai raya yang biasanya ada di perumahan sebegitu.


Malah, netizen mendakwa majlis kenduri kahwin yang diadakan di dewan atau balai raya jauh lebih bagus kerana pengurusan sampah yang sistematik dan senang untuk mengemas semula segala dekorasi berbanding di khemah.