Nota Editor: Bijan M Baki merupakan seorang traveller sepenuh masa yang baru saja menamatkan pengembaraan beliau bersama sahabatnya Kim Eng. Pengembaraan 2 gadis ini bermula dari Malaysia ke Eropah dan seterusnya by overland di Benua Afrika.

Terkini Bijan sedang berada di UK dan telah berpeluang mengikuti sukarelawan Malaysia di sana dan menyediakan makanan untuk pelarian Syria di Kitchen in Calais, Perancis.

Ikuti catatan menyentuh hati daripada Bijan tentang kehidupan dhaif para pelarian Syria serta pelarian daripada beberapa negara Timur Tengah lain yang sedang berlindung di kem pelarian Calais, Perancis.

pelarian-syria-di-perancis-7

pelarian-syria-di-perancis-15

Macam mana nak masak untuk 1000 orang? Seriously. Macam mana nak prep
makanan cukup untuk mengenyangkan 1000 orang? Perkara inilah yang bermain di fikiran aku sepanjang perjalanan dari London ke Calais.

Selama ni, paling ramai aku pernah masak untuk 3 orang je; diri sendiri, Kim dan seorang lagi yang bertuah dapat share makanan kami. Aku tanya Sharizah, soalan yang sama, jawapan dia

“Ntah la. Tengok la nanti mcm mana.”

Sharizah Hashim, kawan aku ni adalah pemilik Dapur, sebuah kafe kecil di Holborn, London. Aku pasti dia pun tak pernah masak untuk 1000 orang sebelum ni.

Selain aku, Sharizah dan Kim ada lagi 6 sahabat lain yang bersama – sama kami di Calais. Saf, Azura, Pak Pin dan Miza telah lama tinggal di London.

Untuk memudahkan komunikasi dengan pelarian yang majoritinya berasal dari Timur Tengah, 2 orang pelajar Malaysia turut bersama kami; Firdaus dan Zameer yang fasih berbahasa Arab.

Semuanya adalah rakyat Malaysia, dalam misi membantu di dapur yang di set up juga oleh orang Malaysia. Komuniti kecil rakyat Malaysia di London inilah yang merancang dan mengajak aku dan Kim dalam misi membantu pelarian di Calais ini.

Merekalah yang mengumpul barang-barang keperluan seperti winter jacket, fleece, jumper, duvet, kasut waterproof, stokin, sarung tangan, pakaian untuk kanak – kanak dan orang dewasa, makanan dan sebagainya.

Mereka jugalah yang mula menghubungi pasangan suami isteri, Jamal dan Sofinee, pengasas Kitchen in Calais (KiC). Terlalu panjang cerita Jamal tentang bagaimana mereka mula membantu pelarian – pelarian di Calais.

Bermula dari bantuan kecil – kecilan hinggalah sekarang mereka punya dapur yang mampu menyediakan makanan untuk kira -kira 1000 hingga 1500 orang pelarian sehari.

Jamal dan Sofinee juga adalah orang yang sama memandu caravan mereka
dari UK ke Malaysia beberapa tahun dahulu.

pelarian-syria-di-perancis-1

pelarian-syria-di-perancis-2

Kami memulakan perjalanan ke kem pelarian di awal pagi Sabtu sambil diiringi oleh Jamal dan Sofinee. Jamal awal – awal lagi dah bercerita tentang keadaan di kem, supaya kami tidak terlalu terkejut katanya.

Dari hotel kami melalui deretan kedai dan rumah di bandar Calais. Seperti kawasan lain di Perancis dan Eropah, tiada yang asing di mata aku. Jalan rayanya bersih dan teratur, bangunan terjaga rapi dan indah saja.

Kehidupan berlalu seperti biasa di Calais. Tapi bila kami makin mendekati kawasan kem, kelihatan beberapa orang anggota polis mengawasi jalan masuk ke kem.

Sebuah kereta peronda park di tepi jalan. Aku mula nampak khemah kecil berwarna – warni yang hampir menyembah bumi di pacak bertebaran di celah pokok renek.

pelarian-syria-di-perancis-8

pelarian-syria-di-perancis-10

Masuk sahaja ke kawasan kem, kami di sambut deretan kedai – kedai yang di bina dari kayu terbuang manakala dindingnya hanya ditutupi fly sheet. Pelbagai nama tertera di hadapan kedai – kedai makeshift ini; Afghan Shop, Hotel, Barber dan sebagainya.

Ramai orang dari pelbagai bangsa mundar mandir di tepi kedai, berdiri dan berjalan kaki sambil memandang ke arah kami. Jalan rayanya sudah tidak lagi berturap, sebaliknya hanya jalan berselut dan berlubang di tutupi dengan batu-batu di sana sini, selayaknya di lalui oleh pacuan 4 roda je.

Terpaksa kami memperlahankan kelajuan melihatkan keadaan jalannya.
Kalaulah takde batu – batu menutupi jalan, pasti van kami tersangkut di lopak -lopak yang besar tu.

Melihat keadaan kem seperti itu, ianya seperti membawa aku ke sebuah negara yang lain. Baru 10 minit tadi kami berada di Perancis, sebuah negara maju yang moden, bersih, cantik dan teratur.

Kini keadaannya sangat berbeza sama sekali, seolah – olah aku di bawa kembali ke Afrika. Keadaannya tak ubah seperti penempatan setinggan di Zimbabwe, Namibia dan Afrika Selatan.

Sukar nak percaya keadaan seperti ini boleh wujud di Eropah. Seperti kata kawan aku Sharizah,

“It’s hard to believe this place exist here. We’re just 1/2 hour away from England!! Unbelieveable.”

Rupanya terdapat satu dunia yang lain di sini, di celah kehidupan normal itu rupanya wujud satu kehidupan yang sangat daif dan menyedihkan.

pelarian-syria-di-perancis-17

Jamal bawa kami ke sebuah bangunan kecil di bina dari papan.

“Dapur ni baru je beberapa hari di bina oleh Bridge2, sebuah organisasi Disaster Relief dari Selat Inggeris yang diketuai oleh Sarah Griffith” katanya.

Ianya adalah upgrade dari dapur sebelumnya yang lebih kecil dan daif walaupun dapur baru ini hanyalah sebuah bangsal kecil. Ada 5 biji dapur gas di dalamnya, dan beberapa biji periuk besar.

Stok – stok makanan hasil derma orang ramai di susun di tepi dinding. Dapur makeshift tu hanya boleh memuatkan untuk 2-3 orang dalam satu-satu masa.

Tak mungkin kami semua boleh buat preparation di situ. Jadi, kami decide untuk prep di luar, di kawasan lapang di belakang dapur.

Di awal bulan Disember ini, suhu sudah mula turun hingga serendah 8 Degrees. Kena pula Calais ni terletak di tepi laut, angin bertiup agak kuat menambahkan lagi kesejukkan.

Ada beberapa kotak labu untuk di bersihkan, juga kentang, lobak dan beberapa jenis sayuran untuk di buat salad. Dari bahan – bahan yang ada, hari pertama
ni Sharizah decide untuk buat nasi tomato, dalca dan salad.

Kita kasi orang makan, makanan yang kita sendiri mahu makan. Bukan buat ala – ala je. Jamal juga dah beritahu kami, tiada sumber air di dapur. Kena angkut air dengan van dari sumber berdekatan dengan tangki 1000L.

“Ambil masa 2 jam jugak untuk penuh” kata Jamal.

Sementara tunggu air, kami sediakan bahan – bahan untuk masakan. Susah juga sebab sudahlah air takde, angin bertiup kencang hingga berterbangan pasir masuk ke dalam bekas – bekas makanan.

pelarian-syria-di-perancis-6

Memandangkan takde siapa pun antara kami pernah menyediakan makanan untuk 1000 orang, kami pun tak tau nak agak banyak mana bahan nak disediakan. Jadi, kami cuma terus prep tak berhenti dan sesekali bertanya pada Sharizah ‘cukup ke’, ‘cukup ke ni’.

Bila air sampai, kami mencuci seadaanya memandangkan sumber air yang terhad. Kata Sofinee, mereka selalunya guna air 1/3 dari jumlah air yang kami telah guna.

Opps! Mungkin kami dah terlalu biasa dengan running water di rumah sampai kami rasa kami dah cukup berjimat. Rupanya tidak.

Sambil menyediakan bahan masakan, sempat juga Jamal berkongsi cerita tentang kem pelarian yang di panggil The Jungle itu. Menurut Jamal, The Jungle membawa makna kawasan kem itu bukanlah tempat yang sesuai untuk di diami manusia.

Sebaliknya lebih sesuai didiami oleh haiwan sesuai dengan keadaannya yang daif dan kotor. Bak kata Sharizah

“I wont even allow my pet to live here, let alone little human being.”

Tapi itulah tempat yang dipanggil rumah oleh hampir 6000 pelarian.
Sejak perang tercetus di Syria, Jungle semakin dibanjiri pelarian dari negara tersebut.

Selain itu terdapat juga perlarian dari Iraq, Kuwait, Sudan dan Eritrea. Kata Jamal

“6000 orang di sini, maka terdapat 6000 ribu cerita berbeza.”

Setiap hari ada saja orang baru yang sampai. Setiap dari mereka mempunyai satu matlamat; mahu menyeberang English Channel demi sebuah kehidupan yang lebih baik.

pelarian-syria-di-perancis-14

This is Yusuf. He has Thalassemia. When he came to the kitchen on Saturday, he was properly dressed for the cold but what you can’t see here is that he was wearing a pair of flip flops.

Alhamdulillah we brought a few walking boots with us and gave him a pair. It was in his size! – Shahrizah

Pada mereka, UK adalah syurga dunia yang mampu memberikan mereka kehidupan yang mereka idamkan.

Berkali – kali juga Jamal dan Sofinee meyakinkan mereka untuk melupakan niat mereka menyeberang sempadan ke UK, sebaliknya mencuba nasib di negara Eropah lain yang masih menerima pelarian perang seperti Belanda, Belgium, Jerman, Norway dan Sweden.

Kata Jamal lagi, bila senja menjelang mereka akan beramai – ramai mencuba nasib dan membahayakan nyawa; memanjat pagar tinggi berduri, menyelinap di celah lori – lori kontena yang dalam perjalanan menuju ke terowong
Channel, dalam usaha mereka untuk menyeberang selat.

Yang berjaya menyeberang ke UK akan segera menghubungi rakan – rakan mereka yang masih berada di Jungle. Kalau ada sorakan dan takbir, maknanya adalah yang berjaya masuk ke UK.

Yang tidak berjaya pula akan balik ke Jungle dan cuba lagi keesokkan harinya. Manakala yang kurang bernasib, kehilangan nyawa.

Berjam – jam mendengar cerita Jamal, kami pun tak sedar makanan telah siap di
masak. Awalnya kami bercadang menyediakan makan tengahari, tapi makanan hanya siap dimasak menjelang pukul 5 petang.

Just in time for dinner. Pukul 6 tingkap kecil di tepi dapur mula di buka untuk mengagihkan makanan kepada pelarian yang telah mula beratur panjang di luar.

pelarian-syria-di-perancis-22

pelarian-syria-di-perancis-20

pelarian-syria-di-perancis-21

Proses pengagihan makanan di lakukan oleh beberapa sukarelawan yang terdiri dari pelarian perang juga. Kami tak berada lama untuk melihat proses pembahagian makanan.

Jamal mengajak kami untuk meronda kawasan Jungle. Bila kami keluar, ramai yang mengucapkan terima kasih dan menunjukkan tanda bagus kepada kami.

“Thank you brother. Thank you sister” sangat besar maknanya. Terasa hilang segala kepenatan bekerja sepanjang hari.

Hari pertama itu kami berjaya memberi makanan kepada lebih 1500 pelarian,
manakala di hari kedua, 1000 orang pelarian. 2 hari bekerja di dapur terbuka dalam kesejukkan sangat memenatkan.

Kami ni bukanlah muda lagi pun. Kalau umur boleh di ukur dari 4 musim, kami ni bolehlah di kategorikan sudah menjengah musim luruh. Memang badan sakit – sakit.

Pinggang sakit, bahu sakit, kaki lenguh – lenguh. Bila balik ke bilik, terus tidur tak sedar diri.

pelarian-syria-di-perancis-11

pelarian-syria-di-perancis-18

pelarian-syria-di-perancis-19

Betullah kata Jamal, kerja hard labour macam ni tak perlu risau pasal tidur. Memang akan lena. Bayangkan bagaimana Jamal dan Sofinee yang melalui perkara ini setiap hari.

Dan kami juga tak dapat mengelak dari berbincang sesama sendiri,
bagaimanalah semua pelarian ini melalui kehidupan sehari – hari di Jungle. Musim sejuk makin tiba menandakan cuaca akan menjadi lebih buruk dan suhu jatuh hingga ke paras beku.

Tetapi mereka hidup berumahkan khemah nipis tanpa sistem pemanas.
Tanpa air, tanpa elektrik, tanpa makanan. Keperluan paling asas kehidupan manusia.

Dengan anak – anak kecil yang tak mengerti apa – apa. Terasa bantuan yang kami hulurkan amat kecil dan hanya melegakan sedikit saja beban mereka.

Hari terakhir di Jungle, Sofinee berkongsi berita gembira tentang pelarian yang akan di hantar ke Brussel. Aziz, Ahmed dan Abdullah adalah 3 beradik berasal dari Iraq masih muda berumur di awal 20an.

Kami bergembira berbual dan bertukar cerita, mendengar kisah perjalanan mereka dan mengambil gambar beramai – ramai. Ketika Ahmed melepaskan pelukan Zameer, tiba – tiba dia berkata

“See you in Jannah”

Sungguh ayat tu sangat bermakna buat kami. Hanya ayat yang sangat simple tapi sangat bererti. Sharizah dalam ketawa berkata “Ni yang buat sebak hati ni.”

Tak dinafikan kerja sukarelawan begini sangat memenatkan. Bukan saja kena
bersedia dari segi fizikal, malah mental juga kena kuat. Tapi ia juga memberikan
kepuasan, mengetahui usaha kita sedikit sebanyak mengurangkan beban orang yang dalam kesusahan.

Kita mungkin tidak dapat menghentikan peperangan di negara mereka, tapi kita mampu memberikan sedikit kegembiraan di kala mereka kesusahan.

Baca catatan pengalaman Bijan setelah berhenti kerja dan travel selama 1 tahun dan catatan beliau sewaktu lakukan Trans-Afrika.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram