Nota Editor: Kisah ini merupakan pengalaman Tuan Yusuf Yaakob yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Batu Pahat selama 2 hari dengan menunggang motorsikal untuk melihat anaknya yang baru dilahirkan dan isterinya berpantang di kampung. Sepanjang perjalanannya, beliau telah bertembung dengan kes-kes yang memberi pengajaran kepada kita semua. Dengan izin beliau, kami olah sedikit dan kongsikan semula dengan pembaca Vocket. Semoga bermanfaat.
Kehidupan aku 2 hari ini banyak habis atas jalan. Bermotor. Balik kampung, jenguk anak-anak, bini yang baru habis tempoh pantang. Dalam 2 hari ini jugak, 3 kes sudah aku jumpa.
Kesimpulannya,
1. Kalau kita susah, ada orang lagi susah.
2. Ada bahagian orang lain dalam rezeki kita.
BACA: Lelaki Ini Memandu Sejauh 180 Kilometer Untuk Menyelamatkan Nyawa Orang Yang Tidak Dikenalinya
Kes 1 – Masa on the way balik Batu Pahat dari Johor Bahru, Ahad lepas.
Aku jumpa 1 budak di area sebelum Simpang Renggam, motor dia jammed. Mungkin akibat kelajuan melampau sebelumnya. Maklumlah motor Yamaha 125Z. Terus aku towing dia, home delivery beb. Di Machap.
Masa aku nak blah itu dia hulurkan aku sesuatu. Aku perasan itu macam sekeping nota RM50. Wow pakcik kayo! Tapi aku tak ambil la. Haha!
P/s: Aku pernah kena motor rosak di highway, dan orang lain tolong aku, jadi aku tahu macam mana perasaan tolak motor. Hari ini motor aku sihat, esok lusa tak tahu.
Kes 2 – Malam tadi nak jadi cerita, tayar motor aku pancit, sepatutnya aku dah gerak balik JB. Esok kerja (hari ini).
Aku redah pergi bengkel di Semerah. Sekali bengkel tutup daa. Pukul 10 malam kot. Haha nasib. Rumah owner cuma terletak di belakang bengkel.
Bagi salam dan isterinya menyahut. “ABANG JAI KELUAR!”, jeritnya. Masak la aku. Tapi tak lama brader Jai sampai dan terus buka bengkel dan repair motor aku yang pancit. Syukur.
Berbual sebentar dan dapat tahu babynya yang baru lahir tidak cukup bulan dan menghadapi masalah jantung. Semoga beliau tabah.
P/s: Syukur kedua-dua anakku sihat walafiat, cukup sifat. Alhamdulillah. Cuma pening kalau dua-dua menangis. Hahaha!
Kes 3 – Road to Hospital Sultanah Aminah, from Yong Peng.
6:20 petang tadi ini. Paling aku kesian. On the way balik JB dekat area nak sampai ke Kulaijaya, terserempak dengan 2 gadis India bermotor, terhuyung-hayang. Aku pintas dan berhenti. Rupanya bocor daa.
Haih nak tolong macam mana? Sudahnya 2 beradik itu ride motor aku, aku ride motor dia. Sampai di exit Kulaijaya, aku turun tanya orang tol. “Ada bengkel berdekatan tak?”
“Ada”, then aku pun lalu laluan bertentangan, naik highway semula, dapatkan 2 beradik itu. Kelihatan ada brader lori yang berhenti dan membantu. Syukur.
“Mak saya warded, sudah operation dan mahu potong tangan kiri pula, ayah dah tak ada”, seorang umur 23, seorang 17.
OK. Apa lagi nak tanya? Semoga urusan mereka dipermudahkan.
P/s: (tak tahu nak kata apa)
BACA: Wajah Insan Berhati Mulia Yang Memberi Kereta Kepada 4 Beranak Ini
Kes 4 – Hari ini aku sudah ponteng kerja sebab tayar pancit semalam. Agak-agak kalau aku share cerita ini pada bos aku, dia boleh cool down tak? Huhuhuhuhu.
Kesimpulan, hidup ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah. Perhatikan sekeliling, banyak orang yang benar-banar memerlukan bantuan tapi tak bersuara. Jangan pulak buat-buat tak nampak. Hulurkan bantuan, ringankan beban. Insyaallah.
Sekian perkongsian berjela-jela yang tak pernah aku buat sepanjang hidup.