Seorang lelaki dari Singapura baru-baru ini tular di media sosial apabila dia berkongsi keadaan terkini Puteri Harbour, Johor Bahru yang ‘kosong dan sunyi’.

Dalam video 59 saat yang dikongsi @joshconsultancy di TikTok, beliau merakam keadaaan terkini pusat komersil di Puteri Harbour yang satu ketika dahulu riuh dengan pelancong dari luar negara.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, tempat itu sebelum ini lengkap dengan pelbagai tarikan menarik terutamanya restoran dan taman tema Thomas Town dan Hello Kitty Town yang kini sudah tidak beroperasi.

@joshconsultancy

See what has happend to Puteri Harbour JB Malaysia #fyp #puteriharbour #puteriharbouriskandarputeri #property #propertyinvestment #buyproperty #joshtan #money #sgmoney #financialfreedom #retire #retirement

♬ Sad and lonely – MoppySound

“Anda boleh lihat di sini hampir semua restoran telah ditutup. Ia kini tersangat sunyi,” katanya dalam video tersebut. Bagaimanapun, hanya terdapat satu outlet yang masih beroperasi di situ iaitu Starbucks.

Dalam video tersebut juga, beliau turut menunjukkan lokasi satu apartment berdekatan pusat komersil itu yang menurutnya tiada siapa lagi tinggal di situ.

“Saya masih ingat kali terakhir saya ke sini, iaitu sekitar 5 tahun lalu, kawasan ini masih sibuk,” katanya. Josh turut berkata andai kita membeli sesuatu hartanah atau membuat pelaburan di luar, kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku 5 hingga 10 tahun akan datang.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen

Netizen yang menonton video tersebut turut berkongsi pengalaman mereka ke Puteri Harbour semasa ia masih happening dan menjadi tarikan pengunjung luar negara. Tetapi ada netizen yang memberi komen memberitahu kawasan ini masih ‘hidup’ di malam hari kerana orang masih ke sini kerana pemandangannya yang indah di waktu malam.

Rata-rata berkata lokasi kawasan ini yang ‘agak hulu’ dan tidak mesra kenderaan awam menjadi salah satu punca mengapa lokasi ini ‘dilupakan’ oleh penduduk tempatan.