Pejabat Tourism Malaysia di Los Angeles menawarkan peluang kerjaya antarabangsa dengan tawaran gaji lumayan mencecah sehingga RM30,450 sebulan bagi memperkukuh promosi pelancongan negara di rantau Amerika.

Peluang kerjaya ini melibatkan dua jawatan strategik — Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) dan Penolong Pegawai Pemasaran (Assistant Marketing Officer) — bagi menyokong kempen promosi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia.

Perincian Jawatan dan Imbuhan Gaji

1. Pegawai Pemasaran | Gaji Permulaan Bulanan: USD7,463.00 (RM 30,475)

Tanggungjawab: Memimpin kempen pemasaran, pembangunan perdagangan pelancongan, rakan kongsi strategik, komunikasi digital, dan pembangunan pasaran.

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan. Pengalaman kerja berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun. Pengalaman dalam penyeliaan, pengurusan pasukan, atau ketua projek. Penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh. Kemahiran bahasa Sepanyol adalah satu kelebihan utama.

2. Penolong Pegawai Pemasaran | Gaji Permulaan Bulanan: USD 6,480 (RM26,461)

Tanggungjawab: Menyokong kempen pemasaran, kandungan digital, program pelancongan dan media, penyelidikan pasaran, pelaporan, serta pentadbiran program.

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang berkaitan. Pengalaman kerja berkaitan selama 2 hingga 3 tahun. Kemahiran organisasi dan digital yang kukuh. Penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh. Kemahiran bahasa Sepanyol adalah digalakkan.

Syarat-Syarat Am dan Permohonan

Kedua-dua jawatan tersebut ditempatkan di Los Angeles, California. Calon yang memohon mestilah mempunyai kebenaran sah untuk bekerja di Amerika Syarikat serta berupaya untuk melakukan perjalanan tugasan di dalam dan luar negara.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan termasuk:

1. Resume lengkap

2. Sijil akademik

3. Kad pengenalan, pasport, atau status pemastautin (bagi bukan warganegara AS)

4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel ke [email protected] sebelum tarikh tutup pada 2 Oktober 2026.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat Tourism Malaysia Los Angeles di alamat 818 West 7th Street, Suite 970, Los Angeles, CA 90017 atau menerusi talian +1 (213) 689-9702.