Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) meminta para peniaga yang belum mendapat semula wang bayaran daripada bekas penganjur Bazar Aidilfitri Dataran Senawang supaya membuat laporan polis.

Ini kerana Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menamatkan serta-merta pelantikan empat penganjur pada 28 Januari lalu.

Baca Juga:

Kini bazar berkenaan diambil alih sepenuhnya pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut, petik Harian Metro.

“Saya difahamkan sebelum ini ada peniaga yang sudah menjelaskan harga tapak kepada penganjur lama, namun belum mendapat kembali wang mereka.

“Saya juga berhubung dengan Ketua Polis Negeri Sembilan supaya memberi perhatian terhadap laporan yang dibuat peniaga ini.

“Cuma saya minta peniaga yang terbabit supaya sertakan sekali bukti dokumen berkaitan apabila membuat laporan bagi memudahkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

Dalam pada itu, penganjur enggan mengembalikan wang, MBS akan menggunakan wang deposit penganjur untuk dibayar kepada peniaga.

Sebelum ini penganjur ada membayar sejumlah deposit kepada MBS ketika dilantik.

Sumber