Semalam kecoh apabila peserta pro-Palestin telah ditegah daripada meluangkan takbir, ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) dan digelar sebagai ‘Zionis’ oleh pengerusi Viva Palestina Malaysia kerana mengangkat sepanduk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilukis sebagai syaitan.
Terbaharu, menerusi perkongsian wartawan South China Morning Post, Hadi Azmi yang memetik laporan Scoop.my, pihak penganjur turut mengancam warga Palestin yang hadir ke perhimpunan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.
Baca Juga:
- Dihalang Bertakbir Dan Digelar ‘Zionis’, Peserta Demonstrasi Palestin Tak Puas Hati Dengan Penganjur
Dr Musa’s team threatened a group of 🇵🇸 with police action at today’s rally, citing “provocation”.
“My security told them: ‘If you misbehave, we will have no choice but to report you to the police, and this may threaten your stay in Malaysia’.”https://t.co/s86tMPlf16
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) October 22, 2023
Melalui perkongsiannya, difahamkan bahawa pengerusi VPM, Dr Musa mengakui bahawa anggota keselamatan demonstrasi turut mengancam sekumpulan warga Palestin dengan tindakan polis pada perhimpunan tersebut kerana terlibat dengan ‘provokasi’.
“Saya rasa mereka (sekumpulan warga Palestin) tidak berminat untuk mendengar ceramah, mereka terus mencelah (ucapan). Pasukan keselamatan saya memberitahu mereka: ‘Jika anda salah laku, kami tidak mempunyai pilihan selain melaporkan anda kepada polis, dan ini mungkin mengancam masa anda di Malaysia’.”
Tindakan ini telah menyebabkan sebahagian netizen mengutuk pihak penganjur.
"If you misbehave, we will have no choice but to report you to the police, and this may threaten your stay in Malaysia"
Sampai ancam macam ni, ini bukan Viva Palestina dah, ini apa? Ini bullshit. https://t.co/dwWpQhw77T
— Sic (@sicfallacy) October 22, 2023
Embarrassing. Buat rally nak sokong Palestine but people that joined kena treat like Palestinian instead. Oppressed by organiser just like how Israel oppressing Palestinian. Tujuan rally nk bg immersive experience ke apa ni
— ⟭⟬ airaa ⟬⟭ (@_musangPutih) October 22, 2023
Sebahagian pula menyatakan bahawa Dr Musa mungkin cuba untuk membawa naratif bahawa demonstrasi mengutuk kekerasaan Israel ini boleh berlangsung dengan aman dan tiada apa-apa provokasi.
It seems like he wants to control the narrative so that the solidarity message is delivered ‘clean’ without provocation or sorts. But he did the exact opposite of that. Let it be organic la. Don’t control too much. People want to channel their anger towards zionists. Let them be.
— This Shawarma is lack of motivation 😔 (@faqihahahaha) October 22, 2023
Untuk rekod, perhimpunan ‘Freedom for Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam turut disertai rakyat dari pelbagai negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan, yang memenuhi padang seawal 10 pagi.
Ribuan peserta yang hadir, antaranya memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan, melaungkan ‘Palestin’ dan ‘Israel shame of you’ bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis.