Semalam kecoh apabila peserta pro-Palestin telah ditegah daripada meluangkan takbir, ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) dan digelar sebagai ‘Zionis’ oleh pengerusi Viva Palestina Malaysia kerana mengangkat sepanduk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilukis sebagai syaitan.

Terbaharu, menerusi perkongsian wartawan South China Morning Post, Hadi Azmi yang memetik laporan Scoop.my, pihak penganjur turut mengancam warga Palestin yang hadir ke perhimpunan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.

Baca Juga:

Melalui perkongsiannya, difahamkan bahawa pengerusi VPM, Dr Musa mengakui bahawa anggota keselamatan demonstrasi turut mengancam sekumpulan warga Palestin dengan tindakan polis pada perhimpunan tersebut kerana terlibat dengan ‘provokasi’.

“Saya rasa mereka (sekumpulan warga Palestin) tidak berminat untuk mendengar ceramah, mereka terus mencelah (ucapan). Pasukan keselamatan saya memberitahu mereka: ‘Jika anda salah laku, kami tidak mempunyai pilihan selain melaporkan anda kepada polis, dan ini mungkin mengancam masa anda di Malaysia’.”

Tindakan ini telah menyebabkan sebahagian netizen mengutuk pihak penganjur.

Sebahagian pula menyatakan bahawa Dr Musa mungkin cuba untuk membawa naratif bahawa demonstrasi mengutuk kekerasaan Israel ini boleh berlangsung dengan aman dan tiada apa-apa provokasi.

Untuk rekod, perhimpunan ‘Freedom for Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam turut disertai rakyat dari pelbagai negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan, yang memenuhi padang seawal 10 pagi.

Ribuan peserta yang hadir, antaranya memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan, melaungkan ‘Palestin’ dan ‘Israel shame of you’ bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis.

Sumber