Tular video di mana menunjukkan hasrat seorang pengantin lelaki untuk berkahwin telah menjadi hampa. Ini kerana calon isterinya meminta untuk membatalkan perkahwinan itu pada saat saat akhir.

Ibu pengantin lelaki kemudian mengumumkan kepada semua hadirin yang ada bahawa perkahwinan itu dibatalkan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Ibu lelaki berkata: “Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya.

Walaupun hampa, pengantin lelaki, Adam memutuskan untuk meneruskan majlis keramaian tersebut. Kerana sudah ramai hadirin yang dijemput hadir.

Dia meminta maaf di atas apa yang berlaku dan berharap semua orang bergembira di majlis tersebut walaupun ianya bukan lagi majlis perkahwinan.

Selain itu, ibu pengantin lelaki juga menyatakan mereka tiada kekuatan untuk memberitahu semua orang untuk membatalkan majlis tersebut sebelum hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung.

Malah, ibu menyifatkan bahawa beliau dan keluarga tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab pertanyaan para jemputan jika mengetahui majlis anaknya dibatalkan.

“Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.

“Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan,” kata ibunya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Oleh sebab itu mereka sekeluarga meneruskan sahaja majlis dan menggantikannya dengan majlis doa selamat.

Netizen rata rata simpati dengan keluarga pengantin lelaki. Malah ada yang mencadangkan agar perkara ini dibawa ke mahkamah untuk tuntutan ganti rugi, jika pihak perempuan tiada alasan munasabah.