Selalunya pengantin biasanya akan melakukan repsesi perkahwinan di tengah hari kerana para pengunjung boleh bersiap dan sampai ke lokasi dengan waktu yang mencukupi.
Bagaimanapun, sebuah video di TikTok yang memperlihatkan keunikan resepsi perkahwinan sepasang pengantin baru yang mengadakan pada waktu siang hari, yang mana dilihat sebagai satu kelainan dari yang biasa.
Menerusi video itu, difahamkan pasangan itu menggunakan konsep breakfast wedding yang mana majlis jamuan diadakan pada pagi hari dengan menyajikan menu sarapan.
Kelihatan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dihidangkan termasuklah kuih-muih, kopi, kek tiramisu dan banyak lagi.
Menariknya, walaupun dibuat di luar kawasan dewan, orang ramai dilihat tidak berpeluh kerana pemilihan lokasi di Genting Highland yang mana cukup terkenal dengan suhu yang nyaman sekitar 14°C hingga 25°C sahaja.
Selain itu, gubahan dan dekorasi yang cukup menarik serta minimalis. Para pengunjung juga didapati tenang menikmati makanan dan beramah mesra dengan suasana yang santai di pagi hari.
Ini sangatlah jauh beza dengan kenduri tradisional yang dilakukan pada sesi tengah hari yang kebiasaannya akan dipenuhi orang ramai sambi perlul menahan kepanasan matahari terik menerusinya.
Susulan perkongsian video itu menjadi tular, rupanya ramai netizen bukan sahaja memuji akan konsep yang dipilih bahkan terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
@saflhed_ Breakfast wedding at cameron highland P/s : I’m just a guest at this wedding 😅
Selain berminat mendapatkan perkhidmatan dari wedding planner yang sama, netizen kongsi pendapat yang mana dengan melakukan kenduri kahwin pada siang hari juga dapat menjimatkan kos kerana seleksi juadahnya relatif lebih ringan.
Malah faktor cuaca di pagi hari yang biasanya lebih redup memang sudah terbukti memiliki suhu yang nyaman dan tidak perlu berbelanja lebih seperti menyediakan kipas dan seumpamanya.