Di Malaysia, boleh dikatakan ramai peminat drama dan penyanyi dari Korea. Lihat sahaja bagaimana drama Squid Game menjadi fenomena sehingga ada yang bermain permainan seperti dalam drama tersebut.
Menerusi perkongsian Harian Metro, dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara semalam, Senator Mohd Apandi Mohamad telah membangkitkan isu dimana pengaruh drama Korea menjadi faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat terutama sekali golongan remaja.

PAS Senator Mohd Apandi claims that Korean dramas have contributed to teenage suicides in Malaysia.
He told the Dewan Negara, K-dramas tend to depict suicides as common for those who feel they have failed in life.
"Agree or not, when there’s a failure, there’s suicide.” pic.twitter.com/TfwsnUfXJ2
— BFM News (@NewsBFM) October 13, 2021
Pendapat Senator Mohd Apandi Mohamad disokong oleh Senator Fadhlina Sidek dimana ada drama Korea yang mengandungi elemen bunuh diri serta mengatakan sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri. Malah, media juga memainkan peranan penting untuk melaporkan kejadian bunuh diri secara beretika.
Kenyataan tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung isu terbabit. Ada netizen tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan mengatakan lebih banyak drama Korea yang memberi inspirasi.
Ada statistik? Takkan bentang kat parlimen with no statistik kot? It could be true disebabkan pengaruh drama and tak boleh juga diketepikan. But this one cakap seolah seolah drama Korea ni 90% menjadi faktor bunuh diri dalam kalangan remaja? Anyway, please give us the statistic. https://t.co/FO03DMNmRz
— yana🐇 (@csbnrawrrr) October 13, 2021
https://twitter.com/farahkyu/status/1448420500229607427
https://twitter.com/GFRIENDmoods/status/1448268076730904576
Hmmmmmm, but i learn a lot about mental health from korean drama meanwhile our school and university didn't care at all about it. Especially in this pandemic. All about submitting the assignments. That's what lead them to bad thoughts. It's suffocating https://t.co/7iS3P5Qiwk
— fiona🌼 (@PositiveTry) October 14, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa bukanlah drama yang mempengaruhi tetapi kesihatan mental tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat. Malah, ada juga yang memandang serong terhadap individu yang sedang murung dan mengalami masalah mental.
Rata-rata netizen mengatakan seharusnya sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu, perlulah disokong dengan fakta dan statistik. Isu ini kini menjadi bualan netizen di media sosial.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri seni Korea pada pautan di bawah ini.
Terlalu Minat Drama Korea, Gadis Ini Cipta Animasi Sendiri Dan Jadikan Dirinya Sebagai Watak Utama
Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up
Agensi ‘Pilih Kasih’ Larang Lisa Blackpink Hadiri Minggu Fesyen Paris, Peminat Tuntut Keadilan