Pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, 73, dimasukkan ke hospital di Mexico City selepas mengalami strok ischemia, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Mexico, El Sol De Mexico, pada Rabu.
Wozniak tiba di Mexico City untuk berucap pada Forum Perniagaan Dunia di ibu negara itu pada 4.00 petang waktu tempatan, Rabu. Bagaimanapun, ucapannya dibatalkan “atas sebab perubatan”.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Pada tahun 1976, Steve Wozniak, Steve Jobs dan Ronald Wayne mengasaskan syarikat teknologi multinasional Amerika, Apple, beribu pejabat di Cupertino, California, dan sejak itu telah menjadi antara pengeluar komputer peribadi, telefon bimbit, jam pintar dan komputer tablet terkemuka di dunia.
Jobs, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, meninggal dunia pada Oktober 2011 pada usia 56 tahun. – BERNAMA-SPUTNIK