Pegawai kanan polis ditahan berhubung insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Tingkatan Lima selepas motosikal ditunggang remaja itu dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman pada hari ini untuk siasatan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Katanya, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun itu tidak cedera.

Selain disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati sebab kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh. Orang awam juga diminta tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya menerusi kenyataan malam semalam.

Yahaya dalam pada itu turut meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Terdahulu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan maut di tempat kejadian selepas dikatakan diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Sumber