Kejadian seorang wanita pengemis yang didakwa memandu Honda CRV untuk meminta sedekah telah menimbulkan kontroversi di media sosial.

Video yang tular menunjukkan seorang lelaki telah membongkar aktiviti pengemis tersebut sehingga menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai kejujuran dan niat sebenar golongan pengemis kaya ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam rakaman video yang tular, seorang lelaki berjaya memaparkan kegiatan seorang wanita yang didakwa mengemis sebelum kantoi menaiki kereta berjenama Honda.

Wanita tersebut bagaimanapun menafi dakwaan bahawa itu adalah keretanya, namun rakaman video itu juga memaparkan pelekat kenderaan yang menunjukkan kediaman banglo dan semi-D di kawasan elit di Kuala Lumpur.

Rakaman yang tular ini telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

Individu yang merakam video, yang dikenali sebagai Ikbal, menekankan kepentingan kesedaran masyarakat dalam menyalurkan bantuan kepada pengemis.

Beliau mempersoalkan kejujuran pengemis tersebut serta menyatakan bahawa terdapat saluran yang betul untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukannya.

Ikbal menegaskan bahawa perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyelidik dan memastikan bantuan disalurkan kepada yang benar-benar memerlukannya.

Beliau menggariskan bahawa tindakan memberi bantuan harus dilakukan melalui saluran yang sah dan bertanggungjawab, seperti melalui agensi-agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang berlesen.

Sumber