Mulai dipopularkan oleh selebriti negara luar, siapa sangka sebuah lagi trend menjadi ikutan pengguna TikTok tempatan. Berbeza dengan trend sebelum ini yang menggunakan suara atau meniru tarian, aksi yang dinamakan sebagai non-player character (NPC) pada kali ini sering kali dijayakan menerusi TikTok Live.
Menerusi trend NPC, seseorang atau dua individu akan beraksi seakan sesebuah karakter anime atau adiwira serta menunjukkan reaksi setiap kali menerima gift.
Baca Juga:
- Berang Disindir Menerusi TikTok, Dua Kelab Motosikal Bergaduh Di Sebuah Restoran Jalan Pandan Indah
- Demi Raih ‘Gift’, TikToker Tempatan Ini Sanggup Cuci Muka Guna Air Jamban Secara Live
Baya aku faham je apa yang mamat ni tengah buat.
Bila aku tanya ayah aku, apa pendapat dia, dia cakap apa?
“Memang budak skrg banyak yang dah rosak *sambil geleng kepala* “
😂😂 terhibur tgk reaksi pic.twitter.com/tn05ht22d0
— 𝘼𝙮 (@ayspaces) August 16, 2023
Di sebalik perkongsian untuk berhibur ribuan penonton setiap kali melakukan live, terdapat netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menagih gift daripada orang ramai.
Hahhahahaahhahahahahha macam sial laaa orang orang kat tiktok ni punya perangai ek? Duduk duduk saja buat live berduyun orang bagi gift.
Korang tengokkkk laa 🤣🤣
Duduk tepi jalan mengemis ❎
Duduk depan phone mengemis online ✅ pic.twitter.com/wZLDAQLdjD— H E L M Y (@helmihaqiem) August 16, 2023
Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat skil dan dedikasi yang ditunjukkan berjaya membolehkan golongan ini menunggang trend yang sedang viral bagi meraih jumlah gift yang banyak. Berikut merupakan respon netizen terhadap trend NPC yang sedang tular.
i’ve learned to accept the fact that these people are actually pretty smart, they know how to attract stupid people into giving them gifts and money. say what you want “mengemis” or whatever but they’re taking their bags 🤣🤣🤣 https://t.co/v55oIOyAE2
— 𝓂𝑒𝑜𝓌 (@myraexe_) August 17, 2023
Mcm pokok dalam plant vs zombie goyang2 tu 😭😭😭 https://t.co/Rb5I4out4J
— 미나 (@irismarissa_) August 17, 2023
Trend 2023 mintak sedekah online https://t.co/CFjGoP3FCm
— 나니 🍁 (@enanymustaffa) August 17, 2023
Meraih jumlah gift yang tinggi membolehkan individu-individu ini meraih keuntungan menerusi live yang dijalankan. Menerusi tinjauan terbaru di aplikasi TikTok, trend ini berjaya mengumpul lebih 2,000 hingga 3,000 tontonan setiap kali menjalankan live.