Ketua jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Hajime Moriyasu merasa yakin Indonesia mampu untuk melayakkan diri ke temasya Piala Dunia 2026 bersama pasukannya.
Menurut laporan media negara itu, Indonesia merupakan ancaman yang serius dalam kumpulan C baik kepada Jepun atau pasukan gergasi Asia yang lain dalam kumpulan itu.
Baca Juga:
- Peminat Indonesia Setuju Liga Malaysia Lebih Baik Berbanding Liga 1
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- ‘Indonesia Patut Nombor Satu’ – Justin Hubner
“Pasukan Indonesia akan layak ke Piala Dunia 2026 bersama Jepun dari kumpulan C dalam kelayakan zon Asia,” kata Moriyasu.
"Timnas Indonesia akan lolos ke Piala Dunia 2026 bersama Jepang dari grup C babak ketiga Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia," Ujar Hajime Moriyasu kepada media Jepang, Nikkei Asia.
— Japanese Station™ (@JapaneseStation) October 5, 2024
Setakat ini, skuad kendalian Shin Tae-yong masih belum tewas dalam kumpulan C dimana mereka mencatat dua mata dari dua perlawanan yang dihadapi.
Pada aksi pembukaan, skuad Garuda meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang Arab Saudi dan mereka berjaya mengikat Australia juga dengan keputusan seri 0-0.
Sejak berada di bawah bimbingan Tae-yong pada 2020 lalu, Indonesia menampilkan kebangkitan yang luar biasa dimana mereka muncul sebagai salah satu pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.
Skuad Garuda merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 sekaligus automatik mendapat tempat dalam temasya Piala Asia 2027.
Ketika saingan AFC B-23 Tahun, Indonesia menduduki tempat keempat sekaligus layak untuk beraksi dalam play off untuk merebut tempat dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka dimana pasukan itu tewas kepasa Guinea dengan keputusan 1-0 dan impian untuk beraksi di Olimpik tidak menjadi kenyataan.
Indonesia akan menghadapi dua perlawanan kelayakan menentang Bahrain di tempat lawan dan China di laman sendiri pada 11 dan 15 Oktober ini.
Kemenangan dalam dua aksi ini akan memastikan Indonesia merapatkan diri dengan dua pasukan di tangga teratas iaitu Arab Saudi di tangga kedua dan Jepun di tangga pertama.