Seorang penghantar barang difahamkan berada di Sungai Petani, Kedah sanggup menerima sebuah tempahan dari Bukit Bintang ke Bangsar.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengguna media sosial X, Fyna dalam satu hantaran yang dibuat olehnya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan bahawa beliau mahu menghantar barang dari Bukit Bintang ke Bangsar dengan menggunakan perkhidmatan pemandu Grab.

Apa yang mengejutkan beliau adalah aplikasi Grab memberitahunya bahawa pemandu akan sampai ke lokasinya pada jam 3 petang.

Selepas melihat butiran lanjut, dia terkejut bahawa pemandu yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar barang tersebut datang jauh dari Sungai Petani yang terletak di utara Malaysia.

Tidak pasti kenapa Grab menghantar seorang pemandu yang jauh dari utara Malaysia, kemungkinan besar mungkin terdapat masalah dengan aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai lebih kasihan dengan pemandu tersebut adalah keseluruhannya perkhidmatannya yang datang jauh dari utara Malaysia hanya dibayar sebanyak RM17.

Fyna cuba berinteraksi dengan pemandu Grab tersebut, namun tiada apa-apa balasan yang beliau terima. Tidak lama selepas itu, beliau membantalkan tempahan tersebut.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, kebanyakan mereka menerimanya dengan reaksi yang ketawa. Sebahagian pula meminta Fyna untuk memberi maklumat terkini mengenai kejadian tersebut.