Bermula bulan Oktober lagi, pengguna  tempatan sudah boleh mengakses rangkaian 5G menerusi peranti Android yang menyokongnya. Sementara pengguna iPhone pula masih tertunggu-tunggu bila pula giliran mereka untuk menikmati 5G.

Kini semua pengguna iPhone di Malaysia boleh menarik nafas lega selepas Apple memperkenalkan kemas kini iOS 16.2 kepada pengguna. Kemas kini ini telah menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai iaitu sokongan untuk 5G.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple

Berdasarkan tinjauan awal, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini. Sementara Yes dan Unifi Mobile dilihat masih belum menawarkan sokongan 5G meskipun menggunakan infrastruktur DNB yang sama.

Dengan sokongan rangkaian 5G ini, para pengguna tempatan bolehlah menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kadar ping yang rendah menerusi iPhone.

Untuk makluman, anda perlu mengetahui bahawa selain penyedia perkhidmatan, sokongan 5G turut bergamtung kepada kawasan yang berada di dalam liputan rangkaian tertentu.

Jadi, buat pengguna Celcom, Digi dan U Mobile perlu mengemas kini peranti iPhone anda kepada iOS 16.2 untuk menikmati internet berkelajuan tinggi 5G di kawasan terpilih. Selepas selesai mengemas kini, anda perlu menyemak tetapan dan mengaktifkannya di bahagian Voice & Data.

Sumber