Sokongan pembayaran merentas sempadan sememangnya memudahkan pelbagai pihak untuk melakukan transaksi. Bahkan, beberapa bank tempatan mula menambah sokongan tersebut untuk dinikmati para pelanggannya.
Malaysia menerusi kenyataan rasmi mengumumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih MAE kini menyokong transaksi QR DuitNow rentas sempadan, termasuklah di Singapura, Indonesia dan Thailand.
Baca Juga:
- Rakyat Indonesia Sudah Boleh Menggunakan Rupiah Di Malaysia
- Lebih Fleksibel Dan Mudah, Wise Perkenalkan Fungsi Pindahan Wang Ke Touch ‘n Go
Ini bermaksud mana-mana pengguna yang melancong ke negara tersebut boleh membuat pembayaran QR secara terus kepada peniaga yang mana tukaran mata wang akan dipaparkan secara automatik.
Sementara itu, kemudahan ini turut membenarkan pelancong dari luar negara membuat pembayaran secara cashless di Malaysia dalam nilai matawang ringgit menggunakan aplikasi pembayaran yang menyokong.
Di Singapura, anda hanya perlu cari kod QR Nets. Kemudian di Indonesia, anda perlu lihat pada kod QR QRIS dan di Thailand pula pengguna boleh mengimbas kod QR Prompt untuk membuat pembayaran.
Berkenaan had transaksi harian pula, anda dibenarkan sebanyak RM1,000 atau bersamaan dengan RM1,000 dalam mata wang asing. Bagaimanapun, pengguna masih boleh menukar had ini menerusi tetapan aplikasi.
Perlu diingatkan, pengguna juga perlu membuat pengesahan untuk mana-mana pembayaran yang melebihi jumlah RM250. Sila pastikan aplikasi MAE telah dikemaskini ke versi terkini bagi menikmati pembaharuan ini.