Pada ketika ini, kita sudah biasa mendengar keluhan siri iPhone 13 Pro yang mempunyai masalah skrin putih sehingga menimbulkan kerisauan para pengguna. Kini peranti Samsung pula dikesan menghadapi masalah skrin seumpamanya selepas dikemas kini.

Menerusi kumpulan Facebook COMPLAINT SINGAPORE, seorang wanita meluahkan kekecewaannya dengan pihak Samsung kerana tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah skrin yang dihadapi peranti.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Sewingwith Kayzel

Semua ini berlaku dengan mengejut kerana masalah ini berpunca daripada kemas kini berkala yang perlu dibuat pada Galaxy Note20 Ultra. Seusai selesai mengemas kini, satu garisan hijau muncul dan kekal terpapar pada skrin perantinya. Beliau pun terus membuat temujanji bersama Pusat Servis Samsung di Plaza Singapura.

Semasa sedang beratur di hari temujanji, beliau perasan pelanggan lelaki di hadapannya turut menghadapi yang sama iaitu garisan hijau pada skrin. Memandangkan waranti peranti lelaki itu masih sah, beliau hanya perlu membayar kos servis buruh sahaja.

Sumber Gambar: FB Sewingwith Kayzel

Sementara wanita bernama Kayzel ini tidak bernasib baik apabila waranti telah tamat tempoh bulan Disember 2021 lalu. Untuk membaiki skrin tersebut, beliau dimaklumkan perlu membayar sebanyak S$398 (~RM1,320.50) oleh pihak servis Samsung.

Beliau bagaimanapun menolak tawaran itu kerana ia terlalu mahal. Malah, Kayzel menekankan bahawa masalah ini pasti tidak akan berlaku jika tidak mengemas kini peranti miliknya.

Sejak hantaran Kayzel tular di Facebook, sebahagaian pengguna juga telah berkongsi mengatakan mereka menghadapi masalah yang sama pada peranti Samsung yang dimiliki. Ada yang memberitahu perkara ini berlaku disebabkan produk bermasalah di dalam batch tertentu.

Sumber Gambar: FB Sewingwith Kayzel
Sumber Gambar: FB Sewingwith Kayzel

Selain itu, terdapat tips di mana anda boleh mengetahui sama ada isu in berkait dengan perisian atau pun hardware. Anda perlu mengambil screenshot lalu melihat hasilnya.

Sumber Gambar: FB Sewingwith Kayzel

Jika masih terpapar garisan hijau pada screenshot, maka sahlah ia berpunca daripada perisian. Anda hanya lakukan factory reset pada peranti sahaja. Jika kalau berpunca daripada hardware, anda memang perlu menyediakan wang untuk membaiki skrin tersebut.

Perkara ini dilihat semakin merebak kepada beberapa pemilik Samsung pada ketika ini. Diharapkan pihak Samsung boleh mencari jalan penyelesaian dalam menangani masalah skrin berkenaan.