14 Februari merupakan Hari Kekasih dan ianya masa yang sangat sesuai untuk pasangan yang menyambutnya di seluruh negara untuk meraikan kasih sayang antara satu sama lain. Begitu juga pasangan yang ada di Malaysia ini, kelihatannya semakin ramai orang di negara ini mengamalkan pemberian hadiah sebagai isyarat dan tanda cinta mereka.

Hal ini kerana, satu kajian telah dilakukan oleh Mastercard yang dikeluarkan pada 13 Februari dan telah mendapati perbelanjaan sentimental yang ditakrifkan sebagai perbelanjaan di restoran, hotel, pengangkutan, buku dan rekod, barang kemas dan alat tulis semakin meningkat penggunaannya oleh rakyat Malaysia semenjak beberapa tahun ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
INDIA-LIFESTYLE-VALENTINE
Sumber: fortunedotcom

Berdasarkan analisis kredit, transaksi debit dan kad prabayar, penggunaan Mastercard Love Index yang dibuat pada 11 hingga 14 Februari bermula tahun 2016 hingga tahun 2018 yang digunakan oleh rakyat Malaysia semakin meningkat 23 peratus dengan jumlah keseluruhan daripada urus niaga sehingga 9 peratus.

Kebiasaannya, penggunaan kad kredit ini seringkali digunakan untuk kegunaan penginapan hotel dan perjalanan ke destinasi yang romantis melalui kereta, jurulatih, kereta api atau kapal terbang yang menghabiskan sebanyak 25 peratus daripada jumlah perbelanjaan.

Jelas dan nyata, rakyat Malaysia lebih gemar membeli hadiah berbentuk bunga dan perhiasan serta membawa pasangan ke destinasi romantis pada Hari Kekasih untuk menghargai kasih sayang antara satu sama lain. Rakyat Malaysia juga sanggup menghabiskan duit yang banyak hanya kerana untuk meraikan Hari Kekasih yang telah ditetapkan pada 14 Februari pada setiap tahun.