Siapa sangka teknologi autopilot yang dibangunkan Elon Musk berjaya menyelamatkan lelaki daripada maut memandunya ke hospital berdekatan. Meskipun fungsi ini masih baru dan mungkin tidak digunakan untuk situasi getir sebegini, namun teknologi yang dibangunkan Tesla ini sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada pengguna.
Joshua Neally, tuan empunya kenderaan Tesla Model X ini berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain menahan sakit yang dihapinya di bahagian dada serta menggunakan teknologi autopilot.
Menariknya, Tesla Model X berjaya membawa tuannya ke hospital berdekatan dengan menempuh perjalanan sejauh 32 kilometer. Sebuah prestasi yang mengagumkan buat teknologi yang masih baru. Neally menambah, satu-satunya waktu dimana beliau memandu sendiri kenderaan secara penuh sewaktu sedang mendapatkan parking di hospital.
Pihak hospital turut terkejut dengan kehadiran Neally memandangkan penyakit yang dihadapinya iaitu pulmonary embolism sangat kritikal ketika itu. Lebih mengejutkan apabila beliau tiba secara perseorang di hospital tersebut. Mujur ada Tesla Model X.
Dalam pada itu, Elon Musk selaku CEO Tesla turut menyediakan pelan terbaru buat Tesla dimana untuk menambah baik penggunaan teknologi pandu sendiri 10 kali lebih baik bagi memudahkan para pengguna di masa akan datang. Good luck Elon Musk.