Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) mengesa pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing iaitu InDrive dan Maxim.

Gesaan itu dibuat kerana kedua-dua syarikat dari Rusia itu beroperasi secara haram, serta menawarkan perkhidmatan mereka tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada, petik kenyataan rasmi.

Baca Juga:

“Ini termasuk tidak memastikan pemandu-pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti yang telah diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

“Ini bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mempunyai Lesen PSV yang sah, malah turut menjejaskan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Malahan, selain daripada ada di kalangan pemandu mereka yang dibenarkan beropersi tanpa memiliki Lesen PSV yang sah, terdapat juga dikalangan pemandu mereka tidak memiliki Insurans E-Hailing dan juga tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti Terma dan Syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama Penghantar Malaysia menyokong keputusan Agensi Pengangkutan Darat (APAD) mengarah InDrive untuk menyerahkan lesen dan menutup operasi mereka dalam tempoh tiga bulan, baru-baru ini.

Namun, pihaknya bimbang  APAD kerana tidak mengambil tindakan segera dan lebih tegas terhadap platform e-hailing tersebut.

Operasi InDrive, Maxim digesa ditutup serta-merta

Sehubungan itu, Penghantar Malaysia membuat tiga tuntutan di mana APAD segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan menjelaskan tindakan terhadap kedua-dua aplikasi tersebut.

Kemudian, pihak MCMC menyekat aplikasi berkenaan dengan kadar serta-merta.

Dan terakhir, kerajaan mengukuhkan komitmen terhadap keselamatan pemandu dan pengguna, serta keadilan dalam industri ekonomi GiG sektor e-hailing.