Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang tular video yang memperlihatkan seorang penghantar makanan terpaksa berjalan kaki menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Isu yang menimpa beliau turut membuatkan para netizen mengulas mengenai tindakannya. Tidak kurang juga yang mengulas mengenai tindakan pihak JPJ. Rezeki berada di pihak beliau selepas influencer Aisar Khaled sudi menghadiahkan beliau sebuah motosikal baharu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, penghantar makanan ini dilaporkan tidak terlepas daripada kesalahan. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini.

“Motosikalnya boleh diambil semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui.

“Dia ada didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan LKM kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans. Dalam erti kata lain sudah 7 bulan pemuda ini bergerak di atas jalan raya tanpa cukai jalan dan insurans.

Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.