Ketika ini di China, kerajaan telah mengarahkan ‘lockdown’ di seluruh negara ekoran penularan wabak COVID-19 yang mendadak. Jadi, kilang pengeluaran iPhone terbesar di sana juga terjejas dan terpaksa menghentikan operasi untuk mematuhi arahan berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka.

Kini Apple sendiri melaporkan bahawa berlakunya kekurangan stok yang ketara untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Hal ini kerana polisi sekatan COVID-19 yang dikeluarkan sedia menjejaskan operasi fasiliti pemasangan utama model iPhone 14 versi Pro yang terletak di Zhengzhou, China buat sementara waktu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Information

Difahamkan lebih 200,000 pekerja telah diarahkan meninggalkan fasiliti tersebut kerana mahu mengatasi masalah penularan wabak COVID-19 terutamanya di bandar tersebut. Akibatnya, penghantaran hanya dibuat dalam skala kecil sahaja dan ramai pelanggan perlu menunggu masa yang lebih lama untuk pesanan yang dibuat.

Apple mengetahui permintaan iPhone 14 Pro sangatlah tinggi tetapi dengan jumlah pengeluaran yang terhad membuatkan mereka sukar memenuhi pesanan di peringkat global. Sekiranya anda membuat pesanan iPhone 14 Pro pada hari ini, jangkaan penghantaran menjangkaui empat ke lima minggu lamanya.