Pelawak Hamdan Ramli, 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Pemergian anggota kumpulan Senario itu disahkan rakannya, Azlee Jaafar, petik Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Azlee berkata, jenazah arwah Hamdan dijangka akan dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, jam 12.50 tengah hari tadi.

“Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah.

“Saya sudah menguruskan van jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh.

“Kami menjangkakan jenazah akan tiba sekitar jam 8 malam, tapi bila akan dikebumikan belum pasti.

“Itu perlu tanya keluarga arwah dahulu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan sangat teruja dan bersemangat untuk beraksi bersama anggota Senario yang lain pada persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel baru-baru ini.

Beliau tidak mahu ke hospital dan meminta supaya tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan persembahan sempena ulang tahun ke-27 Senario, dia mahu bertemu peminat.

Sumber