Anda mahu bercuti tetapi tidak tahu ke mana? Apa kata anda cuba menginap di Woodhouse Retreat yang pastinya lokasi tepat buat anda yang cari ketenangan dan jauh dari hiruk pikuk ibu kota.
Terletak di Kuala Kubu Bharu, Woodhouse Retreat ini akan menjanjikan anda pemandangan hutan yang menenangkan dan sesuai untuk anda ‘staycation’ bersama keluarga, rakan dan juga hanya sendirian.
Difahamkan, Woodhouse Retreat ini hadir dengan 2 bilik dan boleh menempatkan dalam 10 orang di penginapan tersebut. Woodhouse Retreat ini adalah sebuah villa di atas bukit yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi pasti akan mendamaikan minda anda.
Malah, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti board game, archade game dan banyak lagi. Paling utama, penginapan ini tersedia dengan kolam renang sendiri.
Berminat untuk menginap di Woodhouse Retreat ini? Harga penginapan ini bermula dari RM1,114 semalam dan anda boleh membuat tempahan anda di sini. Tunggu apa lagi?
Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa penginapan yang sesuai untuk ‘staycation’ pada pautan di bawah ini.
Persis Seperti Di Santorini, Lihat Resort ‘Awesome’ Di Melaka Yang Bakal Jadi Tumpuan Pelancong
4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson
Berkonsepkan Moden Dan Berwarna-Warni, Hotel Olimpik Malaysia Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai