Sweet ke tak sweet?
(Rentetan daripada kisah viral boyfriend bawa girlfriend naik limo untuk surprise harijadi).

Kisah benar ini berlaku pada tahun 2008.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Seorang lelaki sanggup meneruskan perkahwinan dengan tunangnya yang disahkan menghidap kanser sebulan selepas pernikahan mereka.

Menjelang 6 bulan sebelum majlis pernikahan mereka, wanita tersebut mengalami penurunan kesihatan yang mendadak sehingga kehilangan berat sebanyak 32 kg.

Masa tengah debab. Dah bertunang masa ini.
Masa tengah debab. Dah bertunang masa ini.

Selama 6 bulan berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur, dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori IPR namun masih tiada tanda-tanda didiagnosis dengan sakit apa. Pelbagai ujian telah dibuat, X-ray dan CT Scan, CT Guided Biopsy, FNC, Mantoux Test, dan segala macam ujian tiada jua bertemu jawapan.

Namun si tunang masih setia menemani wanita tersebut. Sehinggalah doktor mendapati terdapat benjolan di leher dan membuat minor surgery. Wanita tersebut yang dulu berisi kini semakin kurus.

Tenaga sudah semakin kecil. Sudah banyak terlantar sahaja. Berjalan tidak lagi mampu dibuat. Selera makan hilang. Sehingga wanita tersebut memutuskan tidak mahu meneruskan perkahwinan.

Katanya… hanya orang gila sahaja sanggup kahwin dengan orang terlantar sakit.

Seminggu selepas kahwin, naik kerja. Dah kurus kering dah masa ini.
Seminggu selepas kahwin, naik kerja. Dah kurus kering dah masa ini.

Lelaki itu berkeras. Dia mahu teruskan perkahwinan ini. Katanya… susah mahu dapat pelepasan majikan jika title ‘tunang’. Kena kahwin juga supaya dapat title ‘isteri’. Lagipun lebih manis suami yang jaga isteri yang sakit berbanding tunang!

Hah! Hebat tak jawapan lelaki tersebut.

Maka… berlangsunglah perkahwinan tersebut dalam linangan air mata banyak pihak.

Sweet tak ending cerita ini?

Gambar dengan boyfriend yang sweet tunggu saya habis belajar 6 tahun. Semasa konvokesyen UTM Skudai. Grad Bachelor Civil Engeneering.
Gambar dengan boyfriend yang sweet tunggu saya habis belajar 6 tahun. Semasa konvokesyen UTM Skudai. Grad Bachelor Civil Engeneering.

Siapakah lelaki itu?

Lelaki itu adalah suami saya.

Dialah yang jaga saya selepas kahwin di hospital dan di rumah. Sebulan selepas kahwin… doktor confirm saya didiagnosis kanser Hodgkin Disease. Kena buat kimo segera sebab saya dah kritikal. Maka… berbulan madulah kami di Hospital Ampang selepas berkahwin.

Boyfriend saya tak sewa limo… tetapi pengorbanan dia meneruskan perkahwinan kami semasa saya sakit kronik adalah SANGAT SWEET. Saya hanya berdoa kepada tuhan untuk menjanjikan Syurga buat suami saya yang baik hati itu.

Akhirnya… mereka hidup bahagia dengan tiga cahayamata.

Puan Rafiza Idayu juga pernah berkongsi tentang pengalaman menghidapi kanser dalam artikel Diuji Penyakit Kanser Dan Salahkan Tuhan, Lepas 5 Tahun Baru Aku Tahu Hikmahnya.