Boleh dikatakan banyak taktik yang dilakukan oleh penjaja untuk melariskan barangan jualannya dan kadangkala menggunakan kisah sedih mereka bagi meraih simpati ramai.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @izx2471 telah berkongsi sebuah hantaran di Twitter memaparkan situasi dia didatangi seorang mak cik yang menjual makanan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan dia telah membeli 2 bekas nasi ayam merah.
Baca Juga:
- Dakwa PBT ‘Pilih Bulu’ Kacau Periuk Nasi, Penjaja Ini Berang Dan Rosakkan Barangan Niaga Sendiri
- Tiada Lagi Kompromi, Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000
- Bukan Hanya Penjaja, Pembeli Di Lampu Isyarat Turut Berdepan Saman RM2,000
While at the airport just now, ada Makcik ni datang tanya nak beli tak nasi rendang ayam, nasi minyak, ayam masak merah. Memula I macam takut la kan. Then after she walk away I nampak bakul hijau tu ada bekas bekas. So I pun panggil balik semula untuk beli. pic.twitter.com/4KGAdlBEmd
— 𝒊 (@izx2471) March 2, 2023
Pada awalnya dia tidak mahu membeli tetapi apabila berasa kasihan maka dia pun membeli makanan daripada mak cik tersebut. Apabila ditanya mengapa berniaga, mak cik tersebut menjawab dia mencari wang untuk kos perubatan kansernya.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa tersentuh melihat mak cik tersebut gigih mencari wang untuk membiayai kos rawatannya.
i cant imagineif it was my mom -( https://t.co/M4IxGEq4QL
— ty (@nrathirhn) March 3, 2023
Please anyone, just help. Its not easy to survive nowadays. Doesn't matter if they try to lie or what, we need to be sincerely help them. https://t.co/j34quCuQJl
— Coppelia ML+ 31 Hari (@CoppeliaML) March 3, 2023
Ya know what gonna happen. This tweet jadi viral. MAB klia2 will take notice.
She will be halau and stopped to berniaga at klia2.Because if one makcik can go around and start selling food without permit in klia2, others will starts too. https://t.co/6EqlokgnjV
— Kyon (@kyonkusanagi) March 3, 2023
Akan tetapi, ada juga mempersoalkan tindakan mak cik tersebut yang menjaja di kawasan KLIA. Malah, segelintir netizen juga berpendapat mak cik terbabit boleh memohon inisiatif untuk meringankan beban.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mendakwa dirinya pernah berdepan dengan pengalaman buruk bersama mak cik tersebut apabila mak cik itu menjeling dan memberikan kata-kata kesat apabila tidak membeli.
Sekarang mungkin tak nampak la dia menyumpah seranah sebab dia pakai mask. Kalau zaman 2018/19 before covid tu, mmg dia camtu la. Last week dia ada datang, tapi weols dah tapau luar, so kita decline lah elok elok tapi makcik cik pusing, jeling kitorang macam biji mata nak keluar
— shaa (@shakinazahraa) March 3, 2023
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa makanan dibeli telah basi. Walau pun begitu, segelintir netizen berpendapat tidak salah jika ada yang membantu dengan membeli jualan mak cik tersebut.