Apabila pakai kereta mewah dan berkuasa tinggi, sememangnya anda akan menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi sekiranya anda ‘payung’ bunyi kereta tersebut.
Semasa konvoi Hari Kebangsaan di sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, ada sebuah GT-R cuba menghiburkan peminat-peminatnya dengan ‘memayung’ bunyinya sambil dirakam orang ramai yang berbaris di tepi jalan.
Baca Juga:
- Bulan Bintang Bakal Beri Hadiah Nissan GT-R Kepada Pemegang ‘Golden Ticket’
- Teruja Nampak GT-R Lalu Sebelah, Reaksi Anak Dan Ayah Ini Mencuit Hati Netizen
- Sekadar Bekerja Sebagai ‘Driver’ Grab Dan Lalamove, Lelaki Ini Buktikan Mampu Miliki Nissan GT-R
Menerusi rakaman dashcam dikongsikan TikTok @azririrana, ketika GT-R tersebut menekan pedal minyak sampai ekzos keluar api, tiba-tiba kereta tersebut mengeluarkan asap.
@azririrana Pengorbanan godzilla nak payung korg api! #gtr #r35 #gtrr35 #nissangtr
Kemudian nampak kereta tersebut meninggalkan kesan cecair di atas jalan raya.
Kereta-kereta konvoi lain yang ada berdekatan GT-R tersebut panik, bimbang sekiranya berlaku tidak diingini.
Suasana yang sebentar tadi riuh-rendah, terus bertukar menjadi sunyi-sepi.
Penumpang Toyota Supra di hadapan keluar daripada kereta dan bertanya keadaan GT-R tersebut.
Menurut TikTok @azririrana, cecair yang tertumpah di atas jalan itu merupakan coolant yang pecah keluar daripada kereta.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai menyatakan pemilik kereta mewah ‘belanja’ bunyi kereta mereka adalah satu perkara biasa di kawsan situ.
Warganet juga meminta pemilik kereta mewah untuk berhati-hati dan tahu had kereta masing-masing supaya dalam mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, menurut pemilik video dashcam tersebut, konvoi tersebut bukanlah suka-suka berbuat sedemikian.
Sebaliknya ia adalah marketing ride untuk acara kereta terbesar di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.