Persembahan Roti Canai Terbang menjadi tarikan utama pengunjung dari pelbagai negara untuk ke bahagian Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka 2025.

Menurut laporan The Star, dengan gabungan teknik penghasilan yang hebat serta bau yang mempersona cukup membuat sesiapa sahaja yang melintas di kawasan itu terliur dan menantikan juadah berkenaan disiapkan oleh si penebar profesional bernama Muhammad Muiz Ruzaini dan Mohammad Zul Imran Zulkifle.

roti canai
Sumber Gambar: China Press

Kedua-dua penebar roti canai bakal mempamerkan skil mereka dengan menerbangkan roti ke udara sekaligus menyebabkan ramai pengunjung daripada pelbagai negara mahu menikmatinya dan sanggup beratur selama berjam-jam.

Difahamkan kebanyakkan pengunjung dari negara Jepun, China dan Korea Selatan yang datang bertandang bahkan sanggup beratur sebanyak 7 kali.

roti canai
Sumber Gambar: China Press

Muiz yang berasal dari Kedah berkata, dirinya tidak menyangka akan terpilih menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Ekspo Osaka 2025 untuk mempromosikan masakan dan budaya ke peringkat antarabangsa.

“Sambutan hangat daripada para tetamu menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Ramai yang memuji kelazatan roti canai, baik dari segi rasa mahupun rupa.

“Selepas makan, ramai yang datang semula dan kata oishi (sedap), dan ada yang mengakui mereka telah beratur sebanyak 7 kali,” kongsinya.

Dijual pada harga RM49 satu hidangan

Untuk makluman, roti canai yang sedia dimasak secara manual serta dihidangkan bersama gandingan kari ayam serta kuah dhal ini dijual pada harga ¥1,680 (~RM49.82) bagi setiap hidangan.

roti canai
Sumber Gambar: China Press

Menariknya, mereka boleh menjual antara 1,000 hingga 6,000 hidangan pada setiap hari, sekaligus menunjukkan menu ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dalam kalangan pelancong dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara seangkatannya.

Mohd Zul Imran menyuarakan hasratnya agar populariti roti canai di pentas dunia akan terus bersinar dan diiktiraf di peringkat global.

“Saya harap ‘Indian pancakes’ di Pavilion Malaysia boleh jadi makanan nombor satu di Ekspo Dunia 2025,” katanya.

Beliau juga menekankan potensi roti canai untuk menjadi tarikan utama pelancong ke Malaysia.

Ramai rupanya pernah datang ke Malaysia

Selain itu, seorang warga Jepun, Yoshianaga Yoko berkongsi rasa roti canai bukan sahaja unik malahan sukar untuk dilupakan.

“Ini kali kedua saya makan roti canai. Kali pertama sebab nampak di platform sosial X, dan rasanya memang unforgettable. Saya sanggup beratur lagi,” katanya.

Yoshianaga mendakwa dirinya pernah melawat Malaysia pada 30 tahun lalu turut memuji akan kemajuan negara dan menggambarkan Malaysia sebagai moden dan aman.

Seorang lagi pelancong, Hanako Seki, pertama kali, atau lebih dikenali sebagai roti prata turut kagum dengan keenakkannya.

“Kari ayam yang disediakan tak terlalu pedas dan buatkan selera saya makin terbuka,” kongsinya lagi.

Beliau menambah lagi bagaimana dirinya tersentuh dengan persembahan kebudayaan di Pavilion Malaysia yang mana mengimbas kembali kenangan indah ketika berada di negara ini.

Sumber