Pengurus kelab Rusia, Sochi FC, Robert Moreno telah menggunakan ChatGPT sebagai pembantunya dalam urusan kerja sehariannya.

Daripada mendapatkan pandangan dalam isu taktikal dan teknikal, Moreno turut menjadikan ChatGPT dalam mengendalikan jadual tidur pemain.

Dia akan merujuk kepada ChatGPT untuk pemilihan kesebelasan utama dalam perlawanan. Selain itu, ChatGPT juga akan mencadangkan formasi terbaik untuk menentang sesuatu lawan mereka.

Di padang latihan Moreno merujuk kepada cadangan ChatGPT tentang isu berkaitan beban latihan serta jenis latihan akan diberikan.

Dia malah mendengar cadangan daripada ChatGPT yang mencadangkan agar waktu tidur pemain dikurangnya. Sehinggakan pemain kurang tidur kira kira 28 jam dalam seminggu menjelang perlawanan.

Kelab Rusia, Sochi dikendalikan algoritma

Alasannya, ChatGPT percaya pemain yang bangun seawal 5 pagi dan mulai bersenam serta membuat latihan tambahan akan dapat meningkatkan prestasi mereka.

Malangnya itu tidak berlaku. Moreno malah mendedahkan pemainnya kepada bahaya dari sudut kesihatan sebagai atlet profesional.

Di atas padang, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Pasukan mereka tidak menjaringkan dalam 10 perlawanan berturut turut dan akhirnya Sochi tersingkir ke divisyen 2.

Dia malah menggunakan ChatGPT untuk ‘scout’ pemain yang dia mahu pantau atau mahu beli. 

Misalnya, kelab berjaya memulakan rundingan awal dengan 3 pemain untuk dibeli. Mereka bertanya kepada Moreno, mana satu pilihan terbaik? Sama ada Vladimir Pisarsky, Pavel Meleshin atau Artur Shushenachev.

Apa yang mengejutkan Moreno telah mendapatkan data daripada Wyscout dan kemudian meminta pandangan ChatGPT. Akhirnya mereka mendapatkan Artur Shushenachev atas cadangan ChatGPT.

Moreno terlalu obses dengan ChatGPT

Pihak pengurusan tertinggi kelab Rusia itu kemudian mendapat tahu bahawa Moreno terlalu obses kepada ChatGPT. Dan mendapati bahawa metodologi latihan dan pengurusan kecergasan pemain sangat berisiko.

Kelab serta merta memecatnya kerana ketagihannya kepada algoritma oleh ChatGPT.