Satu video dikongsikan di media sosial menunjukkan pengurusan sebuah hotel tanpa rasa bersalah telah menjadikan kawasan tepi jalan raya awam sebagai parkir valet.
Parkir valet haram tersebut berada di hadapan hotel mereka. Mereka telah menyalahgunakan kawasan untuk orang awam, dijadikan tempat perniagaan dan meraih keuntungan oleh pengurusan hotel tersebut.
Dalam video tersebut, pegawai penguat kuasa yang menjaga parkir awam telah mengenakan saman ke atas kereta yang parkir di bahu jalan kerana kawasan tersebut bukan kawasan parkir.
Tetapi dalam video yang sama, kelihatan ada cat kuning menandakan petak parkir di situ, di mana pengurusan hotel meletakkan kenderaan di situ untuk mereka melanggan perkhidmatan parkir valet.
Seorang staf hotel yang mengendalikan parkir valet telah mengambil surat saman tersebut, membuatkan pegawai itu memberikan amaran: “Kamu ambil, saya akan saman lagi.”
Staf tersebut kemudian akur lalu meletakkan semula surat saman tersebut.
Saman sekali management Hotel Royal ni.
Sesuka hati buat jalan awam jadi valet parking. pic.twitter.com/BLclib0KQ6
— ًِ (@bckupacc99) July 26, 2026
Netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pengurusan hotel tersebut. Ini kerana ia adalah satu kesalahan yang serius, menjadikan petak parkir awam sebagai parkir valet.
Warganet meminta pegawai penguat kuasa agar menyaman sekali pengurusan hotel tersebut kerana sesuka hati sahaja membuat parkir awam untuk perniagaan valet.
Ada juga yang simpati dengan pemilik kenderaan yang membayar harga mahal untuk parkir valet, kini kena bayar saman pula.