Seorang pemilik kereta sewa terkejut apabila kereta Axia miliknya dalam keadaan sangat teruk ketika dikembalikan.
Kereta tersebut rupa rupanya digunakan penyewa yang tidak bertanggungjawab untuk mengangkut sawit.
Ini berdasarkan peralatan yang digunakan untuk menumbuk dan mengangkut sawit tertinggal di dalam kereta. Termasuk, sabit, tombak dan parang.
Keadaan kereta benar benar teruk. Perodua Axia tersebut juga ada kesan perlanggaran. Dengan tayar botak.
Bampar kereta juga pecah. Bahagian dalaman kereta kotor dengan kusyen tempat duduk belakang hancur.
Pengusaha kereta sewa yang bernama Salvisteh itu juga mendedahkan bahawa indikator amaran enjin juga menyala.
Ketika hari pemulangan kereta, penyewa tidak menyerahkan sendiri kereta itu. Sebaliknya terus menghilangkan diri.
Dia cuba menghubungi penyewa tersebut. Namun gagal, kerana nombornya sudah disekat. Jelas sekali penyewa kereta itu tidak mahu bertanggungjawab atau membayar sebarang ganti rugi kerosakan kereta.
Salvisteh memuat naik status di Facebook meminta orang ramai membantunya mencari penyewa kereta dari neraka itu, menurutnya.
Dia juga meminta pengusaha kereta sewa yang lain berhati hati dengan individu tersebut.
Laporan polis sudah pun dibuat. Dan dia berharap penyewa tersebut akan tampil dan membayar ganti rugi.
Netizen rata rata simpati dengan nasib pengusaha kereta sewa itu. Malah ada yang mengesyaki penyewa tersebut terlibat dalam aktiviti mencuri sawit.
Pengusaha kereta sewa yang lain turut simpati dengan menyatakan bahawa mereka memahami masalah tersebut. Menurut mereka, itu salah satu lumrah dalam pernigaan menyewakan kenderaan kepada orang lain.