Seorang lelaki mencuri perhatian selepas sebuah video memaparkan dirinya berdepan dengan wakil rakyat dan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan Jalan Hujan, OUG, Kuala Lumpur.
Berdasarkan kapsyen yang tular bersama video tersebut, lelaki berkenaan didakwa berani bertindak agresif di hadapan orang ramai dan penguatkuasa.
Dia malah tidak gentar dan terus mengutip bayaran parkir, walaupun terdapat seorang menteri di lokasi.
Lelaki itu sebelum ini sudah diberikan notis untuk tidak mengutip bayaran parkir di kawasan tersebut pada 4 Ogos yang lalu.

Malangnya dia tidak mengendahkan notis tersebut dan terus beroperasi seperti biasa. Lelaki itu dengan selamba membuka balik pondok operasi parkir haramnya.
Dia malah mengingatkan pegawai DBKL dan Menteri, Teresa Kok, yang juga Ahli Perlimen Seputeh bahawa kawasan itu adalah miliknya.
Dan detik tegang berlaku apabila dia cuba Menumbok salah seorang seorang wakil MPP yang cuba meminta dia menutup operasi. Tiba tiba. Dia menghayunkan tangannya, dan menjerit: “Kamu bos ke saya yang bos?”
Dia kemudian mengambil sebatang kayu dan bertindak agresif dan mengancam akan menyerang sesiapa yang mengganggu kawasannya.
Bayangkan orang menteri datang pun dia berani pukul depan orang ramai. Inikan pula kalau orang orang biasa datang sound dia. Memang celaka lah orang langsi macam ni😅 pic.twitter.com/iDnodhS4gd
— kamaghul deghaman (@kamaghul) August 16, 2026
Kejadian itu menarik perhatian netizen. Mereka menyatakan bahawa, kalau di depan menteri, pegawai DBKL dan polis pun dia berani bertindak sedemikian, apatah lagi apabila berdepan orang awam.