Seorang peniaga menerima kritikan netizen apabila mengenakan bayaran RM30 kepada seorang pelajar yang mahu memeriksa sama ada kakulator saintifiknya rosak.

Kemudian peniaga tersebut mendapati kalkulator tersebut kehabisan bateri. Dan dia terus menukar bateri tersebut.

Tetapi apa yang mengejutkan adalah, tindakan peniaga tersebut mengeluarkan bateri daripada alat kawalan jauhnya untuk dimasukkan ke dalam kalkulator tersebut dan mengenakan bayaran RM30.

Ibu kepada pelajar tersebut tidak cukup wang untuk membayar RM30, caj yang dikenakan peniaga itu. Dan pelajar perempuan tersebut akhirnya menggunakan wang sakunya untuk membayar RM30 kepada peniaga tersebut.

Oleh sebab itu ada yang bertanya, sama ada moterboard kalkulator tersebutkah yang rosak? Kerana harga bateri tidak semahal itu.

Netizen merasakan peniaga tersebut cekik darah terutama sekali melibatkan pelanggan pelajar sekolah yang membawa ibunya ke kedainya.

Mereka juga mempersoalkan di mana integriti peniaga tersebut dalam berniaga, dan merasakan sekurang-kurangnya masukkan bateri baharu dalam kalkulator adik tersebut.

Seterusnya ada yang simpati dengan pelajar tersebut dan ibunya yang kelihatan bukan daripada keluarga orang berada, sebab itulah dia mahu menghantar kalkulatornya ke kedai untui dibaiki, jika rosak.

Lagipun, kalkulator itu adalah alat keperluan untuk belajar.