Apabila tibanya bulan Ramadan, antara perkara yang dinantikan semua orang adalah kehadiran bazar Ramadan yang sedia menawarkan pelbagai aneka juadah dan minuman menarik buat orang ramai.

Namun, tidak dinafikan setiap kali menjelang Ramadan pastinya timbul isu pembaziran kerana terdapat lebihan makanan atau minuman yang tidak terjual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di platform TikTok @studiokayangan, mempamerkan realiti sebenar dilalui oleh sesetengah peniaga bazar selepas selesai berniaga sekitar Putrajaya.

@studiokayangan

Agk2 berapa byk jualan kt bazar yg tak habis, dibuang?? #kitarsemula #festivalramadanputrajaya2024 #pembersihanbazar #alamflora

♬ Ramadan – Lux-Inspira

Menerusi klip video tersebut, kelihatan beberapa peniaga air balang sedang membuang minuman lebihan yang tidak terjual ke dalam tong besar berwarna hitam.

Malah, ada juga balang yang kelihatan penuh seperti tidak terusik sama sekali. Bahkan, tong besar berwarna hitam yang disediakan dalam jumlah yang banyak itu turut dipenuhi dengan air yang dibuang.

Air minuman yang telah dikumpulkan dalam tong pula kemudian disedut oleh lori Alam Flora bagi memastikan segala sisa-sisa minuman dibersihkan.

Bagaimanapun, perkongsian ini telah mengundang perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X @bckuppacc99, di mana sesetengah netizen mempersoalkan mengapa peniaga tidak sedekahkan lebihan kepada masyarakat setempat.

Kenyataan itu disokong sesetengah netizen yang menyifatkan ia satu bentuk pembaziran dan lebih baik disedekahkan kepada para jemaah di masjid atau pengunjung bazar yang lain.

Namun begitu, beberapa peniaga bazar berkata segala pemberian sedekah kepada orang ramai akan mengambil kira kos pembungkusan seperti plastik atau cawan plastik.

Sumber Gambar: X @bckupacc99
Sumber Gambar: X @bckupacc99

Tidak kurang juga ada yang memberi pandangan bahawa pemberian sedekah mestilah dalam keadaan terbaik di samping perlu mengambil kira tahap keselamatan minuman yang mempunyai jangka hayat singkat seperti jus buah atau sudah dicampur susu.

Pengambilan minuman yang tidak berkualiti tersebut pula sekaligus mendorong kepada risiko membahayakan kesihatan perut.