Beberapa bulan lalu seorang peniaga dari Singapura, telah memuat naik video menuduh Betty Rahmad sebagai biadap ketika berkunjung ke premis perniagaannya.
Peniaga tersebut menuduh Betty Rahmad dak rakan rakannya datang ke kedainya kemudian menjerit jerit dengan kata kata kesat. Lalu lelaki tersebut menuntut Betty Rahmad meminta maaf kepada stafnya.

Berita itu sedikit sebanyak mencalarkan nama Betty Rahmad yang menafikan dia pernah memaki hamun orang lain. Selain itu Betty Rahmad turut kecewa dengan tuduhan ke atasnya.
Ada sesetengah pihak mulai mengesyaki Betty Rahmad dan peniaga tersebut hanya membuat gimik. Dia malah meminta netizen meneka, staf mana satu yang menjadi mangsa makian Betty Rahmad.

Namun kini peniaga itu menjelaskan bahawa gimik itu hanyalah dia yang buat, tanpa pengetahuan Betty Rahmad dan tidak ada kerjasama antara mereka.
Dia memuat naik konten yang berbaur fitnah mengaitkan Betty Rahmad sebagai selebriti angkuh dan biadap. Sambil menyindir netizen bahawa hasil daripada menunggang nama Betty Rahmad-lah dia berjaya meraih keuntungan lebih banyak.
Peniaga itu dengan angkuh menyatakan bahawa semua itu hanya untuk tujuan permasaran yang disebut clout marketing. Menunggang isu panas di media sosial, dengan menjadikan Betty Rahmad sebagai mangsa.
Netizen menganggap teknik pemasaraan itu melampau dan meminta Betty Rahmad mengambil tindakan.
“Betty Rahmad dia ni dah sangat melampau, mempergunakan nama kamu untuk clout marketing murahan, semata mata nak mendapatkan perhatian ramai ke atas jenamanya dan meraih keuntungan. Pemasaran yang sangat murahan,” tulis seorang netizen.

Yang lain berkata: “Walaupun niat kamu sengaja untuk sinis, tidak ada maknanya, kerana kamu dah heret nama orang lain dan akhirnya membawa kepada buli. Nak tarik perhatian orang lain dengan cara menutup periuk nasi Betty Rahmad itu bagus ke?”
Rakan artis, Zarina Anjoulie berkongsi pengalaman pernah terkena dengan peniaga yang menjadikan dia bahan untuk clout marketing. Zarina menasihati netizen agar jangan pedulikan hantaran yang dibuat oleh peniaga tersebut supaya dia tidak ada trafik dari segi engagement di media sosial.
