Peniaga donat yang dikecam baru baru ini kerana tagline berayaq dengan gaya double meaning, telah tampil memohon maaf.
Dalam kenyataannya, dia akui silap dan tidak lagi menggunakan tagline tersebut.
Seterusnya peniaga tersebut juga mahu menganjurkan solat Subuh berjemaah sebagai langkah untuk terus memperbaiki diri.
Dia sedar bahawa kelakuannya boleh mempengaruhi kanak kanak dan generasi muda yang mengikuti kontennya.
Lalu berharap dengan menganjurkan aktiviti keagamaan, ianya akan dapat menjadi ikutan pengikutnya.
Dia berkata: “Bukan abang nak main isu agama, abang nak adik tunjuk kepada cikgu, kawan, mak, ayah bahawa ada perkara baik yang adik follow dari abang.”
Konten double meaning peniaga tersebut malah mendapat perhatian MCMC baru baru ini yang mahu meneliti konten tersebut.
MCMC Teliti Konten Peniaga Donat Didakwa Buat ‘Marketing’ Melucah Dan Tak Hormat Makanan
Dalam kenyataannya, dia menafikan bahawa mereka adalah golongan yang jahil tenttang agama.
“Kami tahu serba serbi agama, kami minta maaf mengenai perkara sebelum-sebelum ini. Jangan cakap dah (berayaq) lepas ni cakap ja Subhanallah. Abang bukan sindir tetapi nak kita buat pahala,” kata peniaga itu lagi seperti dilaporkan Beautifulnara.