Akibat mulut badan binasa. Itulah ungkapan tepat untuk seorang ahli perniagaan yang kini dikecam selepas didakwa menghina orang melayu di negara ini.

Dalam satu klip berdurasi pendek, wanita terbabit ditanya adakah dia orang Kemboja dan dia mengakui bahawa dia lahir di Kemboja dan dibesarkan di Malaysia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bagaimanapun, apa yang kurang enaknya, selepas dia membuat pengakuan tersebut, dia dengan sombong menghina orang melayu di negara ini yang didakwanya malas.

“I dilahirkan di kemboja tapi dibesarkan di Malaysia, so ada apa-apa kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak? dan orang kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang melayu malas,” katanya.

Disebabkan kandungan video terbabit, dia teruk dikecam netizen. Kebanyakannya marah dan berang dengan peniaga terbabit.

Dalam satu klip lain, difahamkan bahawa dia telah pun membuat permohonan maaf diatas ketelanjuran beliau. Namun sebahagian netizen mempersoal keikhlasan beliau.