Semalam, tindakan sekumpulan penguatkuasaan yang dipercayai mengambil rasuah di sebuah kedai makan yang berdaftar telah hangat diperkatakan di media sosial.

Video berdurasi 2 minit yang dikongsikan itu mempamerkan sekumpulan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang didakwa melakukan gerak kerja tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi hantaran video yang dibuat oleh pengguna @jurnal1sen di TikTok, penguatkuasa berkenaan cuba untuk mempertahankan peniaga yang dipercayai pendatang asing bahkan tidak mengenakan sebarang kompaun kepada mereka biarpun tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Malah, individu terbabit mendedahkan sikap penguatkuasa berkenaan yang dipercayai sering memberi surat saman kepada kedai yang berada di sekitar kawasan itu.

Namun sebaliknya layanan yang diberikan kepada peniaga asing yang sepertinya hanya menutup mata dengan tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka. Didakwa perbezaan layanan ini terjadi ekoran pihak berkuasa telah dibela dengan ufti bulanan.

Sementara peniaga lokal pula berkeras untuk tidak berbuat sedemikian akan dilayan dengan teruk malah siap minta wang sebagai rasuah.

Di dalam video yang sama, pengawai yang bertugas juga nampak gelabah sebaik disebut berkenaan duit kopi yang diminta kepada peniaga-peniaga di situ. Mereka lalu beredar bersama pasukan dan meninggalkan lokasi kejadian.

@jurnal1sen

PART 1. Korang nilai lah sendiri. Ini 1 daripada banyak video yang kami rakam yang menunjukkan pihak berkuasa bela pendatang asing meniaga. Kedai warga tempatan kerap di ganggu manakala kedai warga asing apabila di tanya asyik buat buat tak nampak. NILAIKAN SENDIRI. RAKYAT DAH PENAT DI TINDAS. HANYA RAKYAT BOLEH BANTU RAKYAT. Bantu repost tanda sokong. #penguatkuasa #mpaj #sprm #ohbulan #mstar #mstaronlineofficial #korupsi #lesenalibaba #caprice #edisisiasat

♬ original sound – jurnal 1 sen – jurnal 1 sen

Susulan perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-rata mahu pihak penguatkuasaan terbabit dibawa ke muka pengadilan terhadap sikap berat sebelah dan tidak amanah dalam pekerjaan.

Peniaga Lokal Bengang Penguatkuasa MPAJ Tutup Mata Dengan Pendatang Asing Berniaga Tanpa Lesen
Sumber Gambar: TikTok
Peniaga Lokal Bengang Penguatkuasa MPAJ Tutup Mata Dengan Pendatang Asing Berniaga Tanpa Lesen
Sumber Gambar: TikTok

Setakat ini, MPAJ masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu setakat ini.