Seorang peniaga maut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang dipercayai mabuk di sebuah pusat hiburan di Kompleks Metro Pudu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 7 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Polis menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipukul di Kompleks Metro Pudu pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 4.40 petang, hari yang sama,” katanya.

Ashari berkata, mangsa yang berniaga sendiri dipercayai terbabit dalam perselisihan faham dengan kumpulan suspek yang disyaki mabuk di dalam pusat hiburan berkenaan.

“Perselisihan berterusan di luar pusat hiburan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, satu operasi khas dijalankan bermula jam 10.30 malam hingga jam 12.15 tengah malam tadi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wang Maju untuk mengesan suspek.

“Hasil operasi, kita menahan lapan lelaki warga tempatan berusia di antara 20 tahun hingga 37 tahun serta dua lelaki warga negara asing berusia di antara 28 tahun hingga 43 tahun di sekitar ibu kota.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh) dan jik sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Sumber
  • FB Polis KL