Umum ramai mengetahui, kualiti burger yang dijual di dalam stadium sering membuat pengunjung putus selera untuk makan makanan dibeli pada harga yang tidak setimpal.

Baru-baru ini seorang gadis Terengganu berkongsi pengalamannya membeli burger di dalam stadium.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Apa yang mengejutkannya apabila penjual cuma meletakkan  burger ayam belah dua di antara roti burger, bukan sekeping burger seperti dijual di gerai tepi jalan.

@a.eyn

mudoh mbeng jual

♬ original sound – AA – AA

Hantaran video TikTok itu mendapat perhatian warganet. Ramai turut terkejut apabila melihat pembeli cuma dapat ‘secubit’ daging burger sahaja.

Netizen berkata ini burger paling scam yang pernah mereka lihat dijual di dalam kawasan stadium.

Sumber Gambar: TikTok @a.eyn
Sumber Gambar: TikTok @a.eyn
Sumber Gambar: TikTok @a.eyn

Dalam pada itu, ramai meminta pengunjung stadium untuk memboikot peniaga burger dalam stadium kerana sering kali menipu para pembeli.

Sumber