Pelbagai negeri menyajikan pelbagai keunikan makanan masing-masing sehinggakan setiap tahun akan ada festival makan yang menyatukan peniaga-peniaga seluruh Malaysia.

Bermula hari ini sehingga hujung minggu nanti, terdapat satu festival makanan diadakan di Sarawak. Ramai peniaga dari Semenanjung sudah berlepas terbang bersama krew serta bahan-bahan makanan yang akan digunakan nanti.

Baca Juga:

Namun, alangkah terkejut buat beberapa orang peniaga apabila mendapati kebanyakkan bahan makanan mereka telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Daripada beberapa video yang dimuat naik semula oleh Twitter @twtbiy, seorang peniaga terpaksa menarik diri kerana tiada barang hendak diniagakan selepas 40 tub Nutella dan White Chocolate sudah pecah.

Seorang lagi peniaga turut mengalami nasib yang yang sama di mana beberapa kotak berisi tub perisa coklat turut terjejas.

Manakala seorang peniaga wanita mengumumkan akan memberikan makanan secara percuma kerana bekas makanannya telah pecah. Ini kerana beliau berpendapat jika hendak dijual pada harga murah pun, belum tentu akan ada orang mahu membelinya.

Kejadian itu telah menimbul tanya tanya di orang ramai. Ada netizen mendakwa bahan-bahan yang rosak itu disebabkan pekerja-pekerja di lapangan terbang mencampak kotak-kotak dengan kasar semasa memindahkannya dari kapal terbang.

Namun lebih ramai yang berpendapat kejadian tersebut disebabkan tekanan udara yang dialami pada bahan-bahan makanan itu semasa berada di udara, lalu menyebabkannya ‘meletup’ walaupun dibungkus dengan rapi.

Tambah netizen lagi, sepatutnya bahan-bahan masakan tersebut perlu dihantar menggunakan kapal terbang kargo, bukan kapal terbang komersial.

Ini kerana kapal terbang kargo memang dibina khas mampu menahan tekanan udara lebih baik daripada kapal terbang komersial.

Dalam pada itu orang ramai mendoakan buat semua peniaga yang terjejas, diberikan kelapangan dan dimurahkan rezeki pada masa hadapan.