Seorang peniaga yang dipercayai berbangsa Turki mendedahkan yang jemaah daei haji Malaysia adalah paling dihormati dan lebih mengujakan badan mereka tidak berbau seperti jemaah lain.
Ungkapan ini yang dilontarkan di dalam video yang dikongsikan oleh akaun TikTok yang dimiliki oleh Saiful Nang. Pada ketika itu, orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut lalu memaklumkan berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘Masya-Allah’.
“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.
“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.
“Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.
“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut.
@rarecation Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation
Perkongsian video yang cukup menarik itu telah dihujani komentar dari kalangan warga tempatan dan rata-ratanya merasa bangga dengan pujian yang diterima oleh peniaga Turki.


Dalam pada itu, ramai juga bersetuju jikalau mandi dua kali sehari menjadi asbab kepada badan tidak berbau berbanding dengan jemaah lain. Apa yang dikecapi hari ini, sebaiknya dijaga dengan baik kerana nama Malaysia di bawa ke mana-mana jua.