Setiap pemilik bisnes makanan telahpun diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan bagi memastikan keselamatan juadah yang dijual kepada orang ramai.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Kementerian Kesihatan (KKM) menegur seorang TikTokers yang juga usahawan wanita untuk tidak menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang biasanya digunakan untuk kerja kebersihan sedangkan dia mengendalikan makanan.

Baca Juga:

Perkara itu mula mendapat perhatian KKM selepas tular video wanita itu mengajar cara untuk membuat air asam siam dengan menggaulkan beberapa bahan di dalam satu bekas besar sambil menggunakan sarung tangan terbabit.

Ambil berat dengan perkara itu, peniaga wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dania Sedek akhirnya tampil mengakui kesilapan dirinya.

Menerusi hantaran yang dimuat di akaun TikTok miliknya @daniasedek, Dania berkata dia menyedari tentang perkara itu selepas pekerjanya memberitahu bahawa video berkenaan tular sehingga mendapat perhatian KKM.

Dania dalam masa sama juga membuat permohonaan maaf secara terbuka dan menyatakan bahawa sarung tangan berkenaan telahpun dibuang dan bakan digantikan dengan yang lebih bersesuaian dalam mengendalikan makanan.

“Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik. Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepas ini Dania akan lebih ‘alert’ dan akan tukar glove untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya, dia sebelum ini menggunakan sarung tangan terbabit kerana warna tersebut sama dengan warna jenama perniagaannya selain kuning juga warna kegemarannya.

Di pengakhiran video, Dania berharap agar isu yang menimpa dirinya itu boleh dijadikan pengajaran buat para peniaga makanan yang lain juga.

@daniasedek

Replying to @nia🌧️ Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik 🥰 Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini ❤️

♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Perkara sama turut dikongsikan oleh Dania menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menjengah ke ruangan  komentar, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Dania yang tidak melenting ketika ditegur dan berani mengakui kesilapan dirinya selain akan memperbaikinya.

Sumber Gambar: TikTok @daniasadek
Sumber Gambar: TikTok @daniasadek

Dalam pada itu, ada juga netizen yang ingin terus memberi sokongan terhadap peniagaan Nasi Bismi yang diusahakan oleh Dania selepas ini kerana melihar sikapnya itu.

Terdahulu, KKM menasihati agar para peniaga makanan untuk menggunakan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) kerana lebih selamat untuk mengendalikan makanan selain tidak meninggalkan sisa kotoran.

KKM turut menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.