Tular pada hari ini di media sosial apabila seorang YouTuber terkenal memohon penjelasan bagaimana pembiayaan islamik bagi tujuan pinjaman rumah bernilai RM120,000 perlu dibayar dengan harga berganda lebih tinggi sehingga RM500,000.

Status yang dimuat naik beliau secara tidak langsung turut mengundang kepada pelbagai penjelasan serta komen daripada para netizen yang menceritakan dengan konsep pembiayaan islamik. Tidak kurang juga yang melabelkan pembiayaan islamik dengan persepsi yang negatif.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Pembiayaan Islamik

Berdasarkan lambakan komen yang diberikan, pengguna Facebook Afyan Mat Rawi selaku individu yang aktif mengongsikan mengenai ilmu kewangan tampil menjelaskan bagaimana pembiayaan islamik yang dijalankan. Berikut merupakan penjelasan daripada beliau.

Nota awal: Saya bahagikan tulisan ini kepada dua sudut. Pertama, jawapan kepada sauadara yang bertanya di atas. Kedua, jawapan kepada pencaci perbankan Islam.

Sedara yang dihormati. Peningkatan harga pembiayaan itu dipanggil keuntungan jualan dibuat oleh bank untuk membolehkan pembeli memiliki rumah tersebut.

Jika diambil contoh di atas, keuntungan bank ialah RM380,000. Saya andaikan, tempoh pembiayaan yang dibuat adalah dalam tempoh 40 tahun. Maka, sepanjang tempoh 40 tahun itu, keuntungan bank ialah RM792 setiap bulan.

Sebab itu di perbankan Islam ia dipanggil sebagai financing dan bukanlah loan. Pembiayaan bukan pinjaman. Bank ialah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan. Ada kos dan risiko yang bank tanggung sepanjang tempoh 40 tahun pembiayaan tersebut. Kos pejabat, pekerja, elektrik, sistem, peguam dan segala macam kos. Sama sahaja dengan mana-mana bisnes.

Berniaga Air Balang Di Musim Perayaan (2)
Sumber: Jie Susanos

Contoh mudah, bisnes jual air balang. Kos secawan air hanyalah sekitar 20 sen, tapi boleh jual sehingga RM1 ke RM2 segelas. Kalau kedai mamak mungkin cecah RM3 segelas. Ia adalah normal dalam mana-mana bisnes. Kalau tak mahu beli air, boleh buat sendiri dan lebih jimat.

Sama macam rumah. Tiada paksaan untuk beli rumah. Ia masih boleh disewa dengan kos yang lebih rendah. Boleh juga kumpul duit dan beli secara tunai.
Tulisan di atas ialah jawapan kepada persoalan di atas.  Saya yakin beliau faham.

Mengapa pembiayaan islamik tidak menawarkan konsep jumlah yang sama apabila dibayar?
pexels-andrea-piacquadio-3760067
Sumber: Pexels Andrea Piacquadio

Sukar untuk kita dapatkan pembelian rumah dengan harga RM120,000 dengan pinjaman dan dibayar balik dengan jumlah sama iaitu RM120,000 selepas 40 tahun.

Akan tetapi jika ada mana-mana institusi yang mampu menyediakan perkhidmatan pembiayaan RM120,000 dan bayar balik RM120,000 dalam masa 40 tahun, saya nak jadi pelanggan.

Saya pernah utarakan pandangan kepada kelompok yang mengkritik perbankan Islam sebagai zalim. Saya cadangkan mereka kumpulan dana dari kumpulan mereka utk sediakan perkhidmatan pinjaman tanpa keuntungan untuk beli rumah dan saya ingin menjadi pelanggan pertama. Saya masih menunggu ia direalisasikan.

Benarkah pembiayaan islamik adalah back door riba dan sama sahaja seperti pinjaman konvensional?
pexels-khwanchai-phanthong-4175028
Sumber: Pexels Khwanchai Phanthong

Menurut Afyan, ini adalah satu tuduhan yang sangat berat. Riba adalah dosa besar. Ia sebesar-besar dosa dalam Al-Quran dan Hadith. Lebih besar dari dosa membunuh, merompak, merogol, mengsemburit, berzina dan sebagainya.

Ada yang berhujah, alim ulama yang jadi penasihat syariah bank sudah tentu iktiraf bank Islam patuh syariah sebab disogok dengan wang besar. Ia satu tuduhan yang jahat. Sehingga hari ini, perbankan Islam sudah banyak kali diperbahasakan dalam pelbagai wacana sejak 40 tahun lepas dan sudah melepasi majlis-majlis fatwa negeri malah majlis fatwa kebangsaan.

Kemudian di bawa ke majlis pengawasan syariah Bank Negara Malaysia dan perbankan Islam. Malah ia turut diakui oleh alim ulama.

Selalunya golongan yang menentang perbankan Islam suka menggunakan nama Sheikh Imran Nazar Hossein untuk mengatakan bahawa perbankan Islam ialah back door riba atau riba pintu belakang.

maxresdefault (7)
Sumber: YouTube PESCHKEN

Untuk makluman, hujah-hujah beliau sudah dipatahkan oleh alim ulama tadi dalam kitab-kitab mereka. Mungkin boleh cadangkan kepada Sheikh Imran untuk menulis kita untuk membalas baik hujahan ulama-ulama lain. Setahu saya beliau belum pernah lagi menulis sebarang kitab yang menjadi rujukan umat Islam. Betulkan saya jika silap.

Mereka ini tidak ada kepentingan pun dalam perbankan Islam. Mereka mahu memberi alternatif kepada umat Islam supaya bebas dari belenggu riba perbankan konvensional.

Yang paling utama, perbankan Islam membolehkan umat Islam di Malaysia untuk bebas dari dosa riba. Itu ialah kejayaan besar perbankan Islam di Malaysia. Banyak pahala yang mengalir kepada tokoh-tokoh alim ulama malah pemerintah yang mengusahakan perkara ini sejak 40 tahun lalu. Moga Allah berkati mereka.

Jadi untuk mengatakan perbankan Islam masih ada riba, seolah-seolah hendak mengatakan bahawa selama ini semua alim ulama ini berpakat menipu Allah atas nama perbankan Islam.

IMG-20170505-WA0004
Sumber: Nadia Johari

Malah perbankan Islam adalah penyumbang terbesar kepada institusi zakat di Malaysia. Boleh rujuk Pusat Zakat Wilayah Persekutuan. Inilah cara perbankan Islam membantu umat Islam di Malaysia ialah melalui zakat.

Selain itu bank-bank Islam juga banyak melakukan CSR dan menjalankan aktiviti kebajikan dan waqaf. Mereka menyalurkan bantuan kewangan ke pusat pengajian, pelajar sekolah, pelajar universiti, maahad tahfiz dan sebagainya. Itu cara mereka kembalikan wang keuntungan mereka kepada ummah.

Tular pada minggu lalu apabila lelaki ini kongsi pengalaman peribadi rugi sehingga 6 angka kerana membeli hartanah. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Rugi 6 Angka Beli Hartanah

3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Sumber