Hanya kerana mahu meminta ‘refund’, pelancong luar ini telah dicemuh secara berhadapan oleh warga tempatan sehingga menarik perhatian netizen tempatan.
Tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memperlihatkan kebiadaban pasangan peniaga tanpa izin di jambatan yang mencemuh seorang pelancong luar yang mahu menuntut wang semula selepas AirPods dibelinya gagal berfungsi.
Menerusi video itu, kelihatan pelancong lelaki itu cuba merujuk semula kepada penjual dalam permasalahan fon telinga yang dibelinya hanya berfungsi sebelah.
Walaupun pelancong itu tahu ia memang barang tiruan, dia mahu melihat bagaimana reaksi dan tindakan penjual itu untuk bertanggungjawab dalam perihal itu.
Seorang lelaki yang disyaki pasangan kepada wanita itu berlakon untuk menyemak keadaan fon telinga terbabit dan memberi konklusi masalah yang dihadapinya hanyalah perlu mengecas penuh untuk ia berfungsi seperti biasa.
Namun, pelancong lelaki itu membalas “ia tidak sepatutnya mengambil masa 3 jam” dan mahu mendapatkan wang miliknya semula kerana sudah dijual dengan barang tiruan.
Tuan kedai seperti tidak mahu mengalah dan berkeras menyatakan sebarang pembelian di situ sama sekali tidak boleh membuat tuntuan semula wang walau ia rosak sekalipun.
Malah, dia menyarankan untuk membeli fon telinga lagi jika mahu unit yang berfungsi.
Setelah diasak berulang-kali, peniaga itu mengungkapkan kata kesat kepada pelancong tersebut dengan perkataan bodoh dan menerusi terjemahan sarikata menjelaskan peniaga itu meminta untuk wang dikembalikan agar lelaki itu segera beredar.
Mentang-mentanglah pelancong terbabit mungkin tidak fasih berbahasa Malaysia, mereka boleh mengatakan perkatan sedemikian secara berdepan sebegitu.
@wan4hmad_ Just a simple reminder untuk akak ni.. nak jual barang biar la jujur lepastu pula kau dah la jual barang fake, barang rosak pula tu lepastu kawan tu nak refund, kau siap bodohkan lagi orang tu.. akak, disebabkan orang2 macam kau ni lah punca nama Malaysia buruk dekat mata dunia.. apa2 pun goodluck la kak, kau dah famous dekat youtube, satu dunia tengok kau kak 🤣🤣 Btw boleh tengok dekat youtube @Curlykidlife #viral #fyp #tiktok #malaysia #malaysiatiktok
Melihat interaksi yang kurang ajar itu telah membuatkan sejumlah netizen bengang kerana boleh mencemar nama Malaysia di mata dunia apatah lagi pada ketika ini kita sudah menjadi destinasi pelancongan utama.
Selain itu, ramai yang membidas akan ketidak jujuran pihak peniaga yang menjual barang tiruan dengan harapan boleh menipu pembelia dan meraih keuntungan perlu dihentikan.